Resepi Biskut Raya Crunchy Caramel Almond | Memang setiap tahun kalau masih memegang title sebagai pekerja swasta haruslah akak buat biskut raya tunjuk-tunjuk aje. Tahun ni tahun pertama bergelar suri rumah sepenuh masa nak pastikan atleast ada biskut raya dari hasil tangan sendiri. Semangat gitu.
Jangan tak tahu suami dah gelak kan awal-awal tapi itu tak mematahkan semangat akak nak menyediakan yang terbaik untuk keluarga. Walaupun tadi beli bahan je dah berapa ringgit. Mahal woi barang sekarang.
sedapnya alahai rangup dan manis-manis gitu |
*gambar google image from iresepi
Belum di campur kebarangkalian kegagalan mengikut resepi. Gelak untuk diri sendiri dahulu tapi akak yakin ya. Tak gentar. Kita cuba dulu satu biskut. Kalau jadi kita on, kalau tak kita suruh je la suami beli. Biskut pertama yang akak nak cuba dan dah beli bahan-bahan dia pun siang tadi ialah biskut Crunchy Caramel Almond.
Kenapa biskut Crunchy Caramel Almond?
Kenapa Crunchy Caramel Almond bukan almond London mahupun tart nenas? Sebab suka hati akak la. Ok tak lawak. Buat biskut ni lepas tengok anak makan kat rumah pakcik dia sampai habis separuh bekas tupperware. Alahai anak. Bukan tahu malu kan budak-budak, so mak kena alert la kegemaran anak-anak.
Biskut ni agak mahal ya sebab dia guna tepung Florentine lepas tu guna badam dan kuaci. Kuaci hijau yang mahal tu. Tapi sebab anak-anak kita pejam mata je la. Lagipun suami bayar kita tolong buat dan makan aja.
Ok siapa yang nak buat boleh guna resepi kat bawah yang akak jumpa dekat Facebook.
Crunchy Caramel Almond | Bahan-bahan
250 gram tepung Florenta
200gram badam hiris
100gram kuaci putih
100gram kuaci hijau
200gram bijan hitam
Crunchy Caramel Almond | Cara-cara
- Bakar kuaci dan badam dalam oven selama 5 minit pada suhu 160c. Jangan sampai hangit.
- Satukan semua bahan dan gaul rata.
- Sediakan Loyang dan di alas dengan baking paper. Taburkan adunan tadi dalam Loyang dan jadikan lapisan nipis.
- Panaskan oven selama 5 minit pada suhu 160c. Bakar adunan selama 10-15 minit bergantung kepada oven masing-masing.
- Sila pantau selalu untuk elak dari hangit.
- Biarkan sehingga kekuningan, keluar dari oven terus potong semasa panas. Sejukkan dan boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat Mencuba nanti akak share resepi biskut lain pula ye. Doakan akak rajin.
Siqah pernah makan biskut ni. Sedap!!
BalasPadamSedap dan mudah nak dibuat..
BalasPadam