Setelah agak lama berbolak balik dan membuat pertimbangan nak tukar domain atau tidak, akhirnya berjaya juga aku tukar domain blog.
Berjaya beli domain yang dikehendaki dari NetKL pada 13 May 2018. Alhamdulillah masih ada rezeki nak guna nama rodiahamir.com jadi bertukarlah dari blogspot ke dot com.
Pengalaman Tukar Domain Blog
Permulaan baru harapnya semangat nak jaga blog supaya tak bersarang tercapai. Rasanya semangat nak update blog setiap hari boleh disamakan dengan semangat perempuan nak kurus. Ada turun naik.
5 kesan yang perlu tahu sebelum bertukar memiliki Domain sendiri
Sebelum betul-betul yakin nak memiliki domain sendiri aku baca siap-siap supaya tak terkejut dengan apa yang bakal terjadi. Chewah macam drama sangat.
Aku refer entri blogger Ismailahmad dan beberapa blogger lagi tapi lebih kurang sama je. So aku conclude dan tambah sikit berdasarkan apa yang jadi kepada blog aku selepas beberapa hari.
*penukaran dari blogspot ke dotcom
1. Perubahan Trafik
Kalau dah tukar domain biasanya trafik memang akan jatuh dan bouce rate memang akan jadi tinggi lah. Sebabnya robot carian yang crawl blog, tak jumpa alamat blog url blog yang baru.
Kebiasaannya lah, domain baru akan ambil masa 24 jam untuk kembali pulih dan boleh akses.
- Bagi blog picisan macam aku ni tak terasa sangat perubahan trafik, tapi trafik naik laju sedikit selepas 3 hari.
Bergantung juga sebenarnya. Kalau rajin update entry lepas tu tajuk hot memang tinggi trafik. Untuk 24 jam pertama memang betul nak google blog sendiri agak merangkak. Slow.
2. Alexa rank merundum
Alexa Ranking blog memang merundum lah.. Sama juga dengan page rank. Puncanya kerana blog umpama baru dilahirkan.
3. Pelawat akan berkurangan
Pembaca blog akan berkurangan sedikit kerana ada yang menyangka blog korang dah tak wujud. Pelawat tak bleh nak akses blog kita sebab baru tukar domain.
Walaupun kita buat redirect dari blog lama ke blog baru. Biasa lepas 24 jam ok lah tu. Tapi pengalaman aku guna kl network ok aje.
- Hurmm ada je orang melawat as I said macam kat atas, kalau rajin buat entry no hal. Tapi ada yang pernah nasihat Setelah menggunakan domain yang baru kalau boleh kurangkan aktiviti pembinaan backlink selama semiggu.
Biar google kenal dulu blog anda. Takutnya jika anda membina backlinks secara drastik pada usia domain yang masih baru risiko sesebuah blog itu dianggap spam amatlah tinggi.
4. Masalah teknikal
Masalah teknikal error yang sukar nak dinyatakan. Ada juga aku dengar pasal ini. Kes ini kebiasaan melibatkan domain dan hosting berbayar.
5. Statistik hilang
Usah berangan lah nak sambung pakai statistik blog domain lama sebabnya statistik itu memang akan hilang terus. Macam kena reset semula. Jadi korang kena lah bina statistik baru.
Agak sedih, SEO blog juga akan terganggu disebabkan perubahan link. Kiranya link lama akan menjadi broken link dan terhapus.
- Yang ni lain bebenor dengan apa yang jadi kat blog akak. Statistic semua tu akak siap-siap screenshot. Sengaja nak tengok la kan. Tapi tak hilang pun. ok je dia track. Kira sambung jela.
Yang akak nampak keburukan kalau korang sejenis blogger hebat dengan PV yang tinggi dan dah earn banyak duit dengan blog tu nampak kesan kot.
Kalau sejenis krik-krik macam akak don’t worry la. Tukar domain pun untuk kesenangan masa depan. Cuma jangan lupa renew domain udahla. Sebab ada kes domain dah dibeli orang bila tak renew.
Kalau masih lagi pening perlu atau tidak nak tukar domain meh sini akak bagi alasan kenapa akak bertukar:
1. Blog sebagai pendapatan sampingan – adverstising company or mana-mana company yang nak ajak blogger buat collaboration mesti la akan pilih blog yang ada domain sendiri.
Baru la nampak tahap ke serisuan kita nak mewakilkan sesuatu jenama. Nama kita melambangkan siapa kita kan?
2. Fakta atau auta benda free contohnya blogspot ni bila-bila masa je mereka boleh tarik. Ye lah kan benda free suka hati mereka la nak batalkan ke, nak hapuskan terus.
So tak mau nasi jadi bubur haruslah beli domain protect hak sendiri.
3. Bila dah ada domain sendiri automatic kita rasa macam setaraf dengan blogger awesome kat luar sana walau tahap kita ni hauk je hahahahha
Tu aje lah kot yang akak terfikir. Maafkan segala pendapat yang agak lantang dan mengguris hati anda semua. Akak menulis apa yang akak rasa sahaja. Selamat menukar domain kepada yang masih belum bertukar dan selamat berfikir sehabis baik.
tahniah kak dah tukar domain baru
BalasPadammoga terus success dalam dunia bloging
BalasPadamsy pun tgah berfikir nak tukar domain blog
BalasPadam