Raya bersama Duta Raya Jakel di Wisma Jakel Shah Alam
Seperti tahun sebelumnya, tahun ini sekali lagi Jakel mengadakan kempen Jakel Barulah Raya yang merupakan salah satu aktiviti wajib dalam kalender Jakel bagi mempromosikan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan.Jakel Shah Alam merupakan
destinasi ke 2 untuk Jakel Barulah Raya yang bertempat di Wisma Jakel Shah
Alam, Seksyen 7 Shah Alam.
Sabtu lepas telah berlangsungnya
Majlis Sembang Santai bersama Duta Jakel 2018. Majlis santai yang meriah dengan
kehadiran Duta Jakel 2018 iaitu Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al
Yahya & Lara Alana (SchAwalara) serta Hanis Zalikha, Hairul Azreen
& Yusuf Iskandar dan tidak ketinggalan Harith Iskander dan pastinya Upin
dan Ipin.
Sempoi habis bila semua Duta
bercerita tentang kehebatan koleksi mereka yang boleh di dapati di Jakel. Yang
pastinya Upin & Ipin, Yusuf Iskandar dan Lara Alana yang paling mencuri
tumpuan dengan keletah yang mencuit hati.
Comel sangat. Oh ya, Awal Ashaari ada
terangkan yang dia selalu mendapat soalan daripada peminat, kenapa bila dia
pakai Baju Melayu nampak terletak pada badan dan tidak selekeh.
Awal Ashaari
cakap rahsia dia ialah Baju Melayu Raya dekat Jakel ni ada pesak dan potongan baju nya lebih moden, sebab tu
nampak cantik di badan orang yang memakai.
One Stop Centre & Happy Hour Di Jakel Barulah Raya
Jakel Shah Alam mengambil
inisiatif dengan menawarkan pakaian berjenama pelbagai selebriti di bawah satu
bumbung atau One Stop Centre untuk pelanggan nak dapatkan koleksi baju raya selebriti kesukaan
masing-masing.
Macam tahun-tahun sudah Baju
Melayu suami dan anak memang aku beli dekat Jakel sebab jatuh cinta dengan
kualiti kain dan rekaan Baju Melayu. Tahun lepas beli Baju Raya Nabil, tahun ni
terpikat dengan rekaan Baju Melayu Awal Ashaari pulak.
Kecoh habis bila Jakel buat Happy
Hour Jakel Barulah Raya bila semua artis ni promot koleksi baju mereka dan jual pada harga lebih rendah. Siapa tak
nak weh. Berebut pelanggan menunggu artis melelong baju.
Baju raya berharga dari
RM299 diturunkan harga sehingga RM150 sahaja dan ada yang lebih murah. Dapat samping dan juga butang Baju
Melayu. All in one. Berbaloi la dengan harga dan kualiti kain.
Koleksi Baju Raya Jakel Barulah Raya di Jakel untuk Seisi Keluarga
Koleksi baju Raya tahun ni memang
Jakel tapau habis. Dari kanak-kanak sehingga lah dewasa, dan dari bujang
sehingga yang dah berkahwin. Tak ada pilih kasih. Yang dah berkeluarga boleh pilih Koleksi
Baju sedondon.
Koleksi Schawalara
Koleksi Schawalara memang sesuai
sangat. Baju Kurung Scha ada detailing jahitan manik, beaded dan lace serta
potongan yang menampakkan Baju Kurung lebih menarik. Baju Melayu awal pulak
lebih kemas pada leher poket dan mempunyai potongan moden tanpa pesak.
Untuk anak-anak
boleh beli Baju Kurung Lara yang fabriknya lembut dan selesa dipakai waktu raya
nanti. Kain Baju Kurung yang selesa penting ya nak pula kalau dipakai pada
musim panas.
Koleksi Hanis, Hairul & Yusuf
Kalau nak nampak elegan,
versatile dan classy kena beli koleksi Baju Kurung Hanis Zalikha. Corak dan
warna juga buat akak rambang mata nak pilih. Tahun ni Hairul tampil promot
Kurta.
Untuk yang nak tukar selera tak mahu pakai Baju Melayu boleh beli Kurta
Hairul yang mesra wuduk sebab bahagian lengan senang nak sengseng.
Yusuf comel
dan segak sangat masa promot Kurta untuk kanak-kanak. Kurta Yusuf bermotifkan potongan
leher round neck supaya anak-anak kecil tak rasa tercekik bila bergaya di Hari
Raya.
Koleksi Baju Ayda Jebat
Untuk anak dara dan wanita
bekerjaya yang nak nampak manis ceria macam Ayda Jebat akan tertawan dengan
koleksi Baju Kurung Ayda yang moden dan corak printed terkini. Fabrik pun sedap
dipakai dengan warna yang menarik.
Koleksi Baju Melayu
Tiga Duta Baju Melayu Jakel 2018 tampil
dengan rekaan koleksi Baju Melayu yang ada keistimewaan masing-masing. Koleksi Baju
Melayu Aaon Aziz dah tukar fabric berbeza dari tahun lepas yang lebih selesa
dan warna yang dijangka top ialah warna hijau burung merak (Teal Green) akak pun
baru tahu wujud warna ni. Nak tahu kena singgah Jakel ok.
Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan
moden kontemporari dengan potongan slim fit. Laki akak suka la slim fit ni. Kalau
tadi Aaoron Aziz warna hijau Merak, koleksi Baju Melayu Nabil pula warna yang
dijangka top ialah warna merah hati.
Jakel turut prihatin untuk mereka
yang bersize comel “plus size” boleh pilih koleksi Baju Melayu Harith Iskander.
Warna yang dijangka dapat sambutan hangat ialah warna yellow buttercup. Teringat
kuih semperit. Oi sedap.
Harga Baju Melayu dijual serendah
RM89 ringgit dan diberikan samping dan butang Baju Melayu percuma. Banyak untung.
Memang beruntung sangat kalau shopping
di Jakel. Jom ambil peluang membeli pakaian seisi sempena kempen Jakel Barulah
Raya di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia.
Kalau teringin nak pakai hot
selling color kena cepat-cepat beli kalau tak menggigit jari. Bagi mengetahui
dengan lebih lanjut pasal kempen Jakel Barulah Raya boleh ikuti Instagram Jakel
Shah Alam @Jakel_shahalam dan Facebook @Jakel Shah Alam.
Nanti dah beli boleh
meriahkan media social dengan hashtag #jakelbarulahraya #ingatrayaingatjakel
Jom serang Jakel!
Tentang Kumpulan Jakel
Jakel memiliki 22 cawangan di
Semenanjung Malaysia dan menyediakan lebih 5,000 peluang pekerjaan di seluruh
negara. Dengan Slogan, “Ingat Kain, Ingat Jakel”, Jakel Mall Kuala Lumpur
menawarkan kesemuanya di bawah satu bumbung, daripada pakaian tradisional untuk
seluruh keluarga, busana, pengantin, langsir, aksesori renda, kemasan rumah,
koleksi tudung Ariani hinggalah kepada rekaan corak tertentu serta perkhidmatan
tempahan jahitan.
Kredit gambar
rodiahamirdotcom
Instagram Jakel Shah Alam
DboyStudio
Time lelong tu lah untung beli tapi bertabahlah dengan kesesakan manusia dalam jakel tu
BalasPadamCantik koleksi shaawalara tu.. 😍 😍
BalasPadam