Cara Beli Domain di NetKL

Alhamdulillah, Akhirnya keputusan nak bertukar dari blogspot ke domain akhirnya berjaya juga. Aku memilih untuk beli domain di NetKL selepas buat sedikit pembacaan dan rasanya ramai blogger yang aku kenal semua menggunakan khidmat dari NetKL juga. 

Harga untuk setahun subscription adalah RM45 untuk blogspot dan aku pernah baca untuk wordpress berharga RM60 setahun (tak pasti). 

Cara beli domain di NetKL 

Boleh buat pilihan samaada belakang dia nak dot apa, kebiasaan orang pilih dotcom. Selera masing-masing.





Perkara utama kalau nak beli domain adalah semak dulu nama yang kita dah berkenan. Kalau ada rezeki dapat la beli nama yang di inginkan. 

Kalau tak nanti mereka akan suggest nama lain. Dont worry. Rezeki masih berpihak kepada aku, bila nama pilihan rodiahamir.com masih belum di ambil orang. 

Kalau tidak menangis di bucu meja lah jawabnya. 


Standby la nama pilihan dalam dua tiga nama untuk elak diri kecewa. Kalau tak ada idea nanti mereka akan bagi suggestion nama lain. Don't worry. 


Domain registration di NetKL



Berbunga-bunga hati bila dia wish congratulations macam menang awards ok.


Cara beli domain di NetKL mudah


 
Oleh sebab dah available aku terus beli je la. Malas nak delay lagi. Korang kena tekan Checkout button tu. Ada pilihan nak subscribe berapa lama domain sehingga 10 tahun lamanya. 

So far aku beli untuk setahun dahulu tengok performance la macamana. In Sha Allah akan renew untuk tahun-tahun berikutnya. 


Cara beli domain di NetKL



 Kena isi detail personal semua. Standard la info yang diperlukan.




 
Cara beli domain di NetKL


Domain akan jadi hak kita lepas kita beli dan buat bayaran kepada NetKL. Yang isi form online tu adalah untuk buka account dengan NetKL untuk tujuan record dan communication dengan pihak mereka. 

Nak puji Support centre NetKL sangat bagus, andai ada soalan email je mereka confirm akan di balas. Laju mereka buat kerja. 



Cara Setup Domain Blogspot

Ikutkan hati yang suka buat sendiri sebab lagi puas hati memang akak nak setup sendiri je domain. Dah cuba pun tapi menemui jalan buntu. Ada juga google manual kot ada blogger buat tutorial. 

Memang ada blogger yang buat tutorial setup domain blogspot tapi malangnya interface dah berubah. 
CP dia berbeza sangat-sangat (NetKL dah upgrade CP mereka). Tutorial yang akak jumpa August 2017. 

Yang tahun 2018 akak tak jumpa la pulak. Malas nak pening kepala akak suruh NetKL uruskan. NetKL memang menyediakan servis setup blogger pada harga RM10 sekali bayar. 


Kesimpulannya, keputusan nak tukar domain adalah antara salah satu benda bijak yang akak pernah buat dalam hidup. Alhamdulillah. Tak menyesal pun. Bila dah ada domain kena la set kan reminder supaya domain tak expired. 

Scarry juga baca pengalaman blogger terlepas renew domain lepas tu dah ada orang beli dan tak dapat semula domain tu. Menangis la woi. 


Selamat mencuba. 

Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.