Perlu ke ambil supplement?
Assalamualaikum, akak tergerak hati nak kongsi tentang pengambilan supplement selepas viral satu post pesakit selepas makan supplement selama 7 bulan dan di diagnose ada masalah dengan organ dalam buah pinggang etc.
Post ni bukan nak back up atau nak jatuhkan sesiapa. Apa sahaja yang di taip di ambil dari sumber yang di sahkan dan selebihnya adalah pendapat peribadi. Maksudnya tak ada paksaan atau pengaruh suruh percaya ya.
Kak Diah dari dulu lagi memang bermasalah sikit bab nak makan supplement. Satu sebab MALAS dan selalu lupa. Sudahnya expired begitu sahaja kalau beli. Rugi wooo. Kedua, trauma kalau kena makan ni teringat hospital. Masa sekolah menengah pernah admitted wad due to urine infection.
Risiko Ambil Supplement
So apa sahaja yang Kak Diah nak makan sebolehnya nak kurangkan risiko penyebab bahayakan kesihatan. Pernah je kawan-kawan minta pendapat bab supplement ni. Jawapan Kak Diah simple je, sebelum nak makan pergi la buat FULL MEDICAL CHECK UP. Tanya doctor apa yang kurang. Lepas tu makan la apa yang korang nak makan.
Kalau berdasarkan result doktor awak kekurangan nutrisi, maka dengarlah nasihat doktor. Jangan ambil jalan mudah ambil supplement yang sedia ada di pasaran. Lebih elok kalau makan dari sumber yang segar dan semulajadi.
Lebih elok makan buah yang fresh dan sayur hijau. Lebih berkhasiat dan risiko penyakit juga dapat dikurangkan. Kebiasaan yang nak cepat dapat hasil terbaik ni akan beri kesan dalam jangka masa panjang. Hati-hati.

Rabia pun makan supplement.tapi dah tanya dr baru2 ni.dia kata ok je.
BalasPadamada gak baca seram bila dengar gitu
BalasPadamkena berhati2 untuk mengambil suplimen yang sesuai.
BalasPadam