Akak memang sejenis yang suka menyimpan barang-barang yang akak rasa ada sentimental value macam diary, kad-kad business, tag bersalin, eh banyak lagi la nak type.
Kalau barang berkaitan anak-anak pun akak simpan jugak. Balut dengan plastic then simpan dalam kotak. Bila rindu buka kotak senyum sorang-sorang.
Baru-baru ni terbaca artikel dalam FB pasal hukum simpan tali pusat anak. Kedut-kedut dahi baca sebab akak termasuk dalam golongan ibu yang memang simpan tali pusat anak.
Hukum Simpan Atau Tanam Tali Pusat Anak
Sorry kalau ada yang geli. Tapi akak rasa special sangat tali pusat tu, itu yang akak simpan tu. Entah jangan tanya kenapa, tiada jawapan.
Kepercayaan Orang Dulu Tentang Tali Pusat
Kalau ikut kepercayaan orang-orang dulu; orang tua suruh simpan tali pusat adik beradik dalam satu bekas/tempat.Supaya masing-masing tak bergaduh dan kuat ikatan persaudaraanya.
Kebenarannya tidaklah diketahui ya.
Akak simpan sebab saja suka simpan untuk
kenangan, tak pernah terfikir pun bab lain. Nanti dah besar boleh la tunjuk kat
anak.
Lepas baca penerangan dan hukum
simpan tali pusat terus la beritahu suami dan suruh dia tanam masa balik kampung
hari tu. Suami terperanjat akak masih simpan.
Sabar je lah. Kad raya suami bagi
akak pun akak masih simpan ok.
Selepas membaca penerangan dan
juga comment, kesimpulannya Tali Pusat Bayi sunat ditanam kerana ianya adalah
sebahagian daripada anggota badan dan bila berpisah dari badan dah jadi
bangkai. sama la seperti uri. Kan kita tanam kan? Makhruh hukumnya kalau disimpan.
Masa tak tahu tak apalah, dah tahu ikut la apa yang Ustaz sarankan. Lebih baik.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.