17 Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Patut Anda Tahu
Baru-baru ni En Suami baru selesai keluarkan duit KWSP untuk buat pembayaran ansuran bulanan rumah kami ni. Rupa-rupanya banyak lagi jenis-jenis pengeluaran yang akak tak tahu.
Ingatkan hanya terhad kepada pembelian rumah dan pembayaran PTPTN sahaja. Sebenarnya ada 17 jenis pengeluaran KWSP yang boleh dikeluarkan awal tak perlu tunggu umur nak bersara pun. Alahai ruginya bagi yang tak tahu.
Baguslah ada pengeluaran macam ni sekurang-kurangnya membantu penyimpan nak buat persediaan untuk hari mendatang. Jom semak jenis-jenis pengeluaran yang KWSP tawarkan dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut.
Jenis-Jenis Pengeluaran
#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun
Ada 2 jenis pengeluaran:
Pengeluaran Penuh Akaun 2
Pengeluaran Sebahagian Akaun 2
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)2.Pengeluaran Umur 55 Tahun
#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun
Ada 4 jenis pengeluaran:
-Kesemua Simpanan
-Sebahagian Simpanan (Amaun
minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran
terdahulu)
-Bayaran Bulanan (Pengeluaran
minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
-Kombinasi Sebahagian Simpanan +
Bayaran Bulanan
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#3. Pengeluaran Umur 60 Tahun

#4. Pengeluaran
Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Cara-Caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
- Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
- Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#5. Pengeluaran Hilang Upaya
Pengeluaran ini membolehkan ahli
mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal
atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi
pekerjaan (employability)
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)
- Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
- Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).
#6. Pengeluaran Meninggalkan
Negara
Pengeluaran ini boleh dipohon
oleh :
Warganegara malaysia yang telah
melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain
atau
bukan warganegara malaysia yang
telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia.
Cara-caranya:
- Bawa Passport, Permit Kerja, Bukti Penamatan Kerja
- Isi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#7. Pengeluaran Pendidikan
Pengeluaran ini membolehkan ahli
mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli
(termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di
dalam atau di luar negara.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
- Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
- Bawa Surat Tawaran Belajar
- Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
- Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
- Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
- Bawa Borang Temuduga
- Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
- Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#8. Pengeluaran Pekerja Berpencen
Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
Cara-Caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
- Bawa Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen
- Bawa Bukti Pengesahan Taraf Pesara
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#9. Skim Pelaburan Ahli
Skim ini membolehkan ahli
memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah
dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi
Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang
dilantik.
Cara-caranya:
- 1. Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
- Borang KWSP 9N (AHL) boleh diperolehi daripada IPD yang dipilih oleh ahli untuk tujuan pelaburan.
- 2. Kad Pengenalan Diri
- MyKad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR); ATAU
- Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis yang tidak tertera no.Kad Pengenalan Diri); ATAU
- Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
#10. Pengeluaran Membina /
Membeli Rumah
Pengeluaran ini membolehkan ahli
mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini
membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat
perlindungan apabila bersara.
Cara-Caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
- Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
- Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#11. Pengeluaran Simpanan
Melebihi RM 1 Juta
Pilihan kepada ahli yang
mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan
untuk diuruskan sendiri oleh ahli.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#12. Pengeluaran Ansuran Bulanan
Pinjaman Perumahan
Pengeluaran simpanan Akaun 2
untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau
pembinaan rumah.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9P (AHL)
- Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).
#13. Pengeluaran Kematian
Pengeluaran penuh akaun ahli oleh
penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian
ke atas ahli KWSP.
Cara-caranya:
- Bawa Sijil Kematian Ahli
- Bawa Kad Pengenalan Diri Pemohon dan isi Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).
#14. Pengeluaran Perumahan
Fleksibel
Pengeluaran Perumahan Fleksibel
adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2
ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan
pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
Berdasarkan konsep ini, caruman
bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh
mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit
assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian
pekerja dan majikan).
#15. Pengeluaran Kesihatan
Pengeluaran ini membolehkan ahli
mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit
kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh
lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
- Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
- Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan
- Bawa Kad Pengenalan Diri pesakit
- Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
- Bawa Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad (Final Bill’) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#16. Pengeluaran Haji
Kerajaan melalui pembentangan
Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran
Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk
menunaikan ibadah Haji.
#17.Pengeluaran Perumahan PR1MA
Pengeluaran ini Membantu Ahli
KWSP Memiliki Sebuah Rumah Di Bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)
Dengan Memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli Sedia Ada Serta Caruman Bulanan Di Masa
Depan.
Untuk sebarang pertanyaan akak
nasihatkan supaya menghubungi KWSP dan pergi ke kaunter KWSP yang berhampiran
dengan anda. Semoga bermanfaat.
*Sumber:KWSP & Majalah Labur
& Mingguan Wanita
Baru tahu ada semua jenis pengeluaran ni. Pernah buat pengeluaran kematian je dulu
BalasPadam