Tutorial daftar Google Analytics
Pernah dengar tentang PV? Apa tu?
Hasil ber blog walking dan bercampur
gaul dengan team Blogger Pantai Timur dalam group whatsapp akhirnya aku paham
bila blogger lain tanya pasal PV. Apa benda la PV ni? Nak tanya malu tapi mahu
tahu. Tapi masa tu diam je tak sampuk pun. Lepas tu mula la sibuk google
mencari apa PV yang dibualkan.
Rupa-rupanya PV yang dimaksudkan
adalah PAGEVIEW. Jumlah PV menunjukkan berapa ramai yang singgah menjenguk blog
kita. Semakin tinggi PV semakin bagus la kiranya. Kiranya blog kita ni menarik
orang untuk membaca dan content yang dikongsi memberi manfaat.
Selain dari tu, PV yang tinggi juga
dapat menarik pengiklan untuk mengiklankan produk mereka di blog kita. Banyak
lagi factor tarikan lain tapi aku focus pada PV dulu kali ni.
Cara Semak Pageview Blog
Untuk memahami pembaca blog
rodiahamir, aku menggunakan Google Analytics (GA) sebagai tool untuk mengutip
data. Syaratnya kena sign up dan kemudian pasangkan code GA ni di blog. Lepas
tu barulah GA akan dapat kumpul data untuk Pageview, bounce rate, user dan
banyak lagi.
Cara daftar Google Analytics
Tiga langkah mudah nak dapatkan data
tentang pembaca blog anda adalah sign up GA – pasang tracking code – pahamkan
data yang dikumpul.
Boleh sign up di https://analytics.google.com/
Cara pasang Tracking code Google
Analytics
Selepas selesai sign up, boleh lah
copy tracking code dan pastekan di blogspot anda. Caranya ialah
Log
in Google Analytics – admin – Property – tracking info – tracking Code
Cara pasang Google Analytics code
di blogspot
Dah copy code tadi log in ke
blogspot, dashboard – settings – other – google analytics – pastekan code tadi
di column Analytics Web Property ID – tekan SAVE settings sebelum perkara buruk
berlaku.
Tunggu lah selepas beberapa jam
in sha Allah data akan diperoleh.
So selamat mencuba memahami pembaca anda.
Lepas ni dah boleh tahu pageview blog sendiri okei.
Mudah kan?
menarik tutorial nih
BalasPadamthanks sharing
Pat tutorial macam ni, pakcik surender.
BalasPadamNice sharing awak..
BalasPadam