Tenang rasa lepas baca surat mufti kepada seorang artis / peniaga. Alhamdulillah tiada unsur menyakitkan hati, menjatuhkan, meluat atau menggoda.
Berbeza betul kalau baca surat-surat sebelum ni dari imam muda la pencetus umah la. Naik geli geleman dan timbul salah sangka. Ke aku sorang je rasa camtu? Lol.
Surat Teguran Mufti Kepada Peniaga
Sebenarnya apa yang Mufti nasihatkan rasanya bukanlah semata-mata untuk artis tu sahaja, tapi panduan dan pesanan juga kepada semua peniaga dan wanita terutamanya yang beragama Islam.
Suka dengan tiga pesanan yang Mufti tekankan:
(i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak
(ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung
(iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Viral Dan Berkat Berniaga
Semua yang berniaga kena ambil dan jadikan panduan. Pengalaman aku sendiri memang mudah nak buat duit dengan jalan kotor ni.Buat benda tak berfaedah, reka benda tak betul, kemudian
viralkan. Dah viral baru la orang kenal barang kita jual. Tapi berkat ke idok?
Sebut pasal Berkat dalam berniaga
ni, ramai mentor business kongsi tips untuk lakukan jualan supaya mengiklankan
produk di Group-group yang wujud kat Facebook.
Sebab situ ramai pembeli.
Rasanya ramai yang buat tapi cara buat tu betul ke tidak? Maksud aku sebelum iklankan ke
group tu mesti kena join group dan semestinya ada syarat-syarat yang perlu
dipatuhi.
Kena dapat kan ID ahli untuk penjual sebelum kita bersuka ria
mengiklankan barang kita. Antara Contoh syarat yang adalah perlu jemput 50
rakan Facebook lain untuk masuk ke group, atau kalau malas nak buat boleh bayar
je kepada admin ikut berapa mereka tetapkan.
Status Halal?
Persoalannya; berapa ramai yang menjemput
atau bayar yuran untuk sertai group secara sah? Berapa ramai yang sedar benda
yang nampak remeh tapi beri kesan? Berapa ramai yang ambil peduli?
Aku perhati je kawan-kawan
business yang promote lepas tu dapat comment notifikasi amaran dari group admin
supaya mengiklan secara halal/sah.
Berkat kah rezeki yang kita dapat
dari group yang kita masuk secara haram tu? Masa awal-awal berbusiness dulu aku
pernah buat, tapi bila terfikir tentang berkat terus aku stop.
Nak tegur rakan lain aku masih
belum kuat. Cuma hint-hint kecil yang dapat aku sampaikan. Kang terus kena cop
ustajah pakej kena block kat facebook.
Tak syiok la. Apa pun pesanan ni lebih
peringatan kepada diri sendiri. Jangan kerana duit, iman tergadai.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.