Hari tu terjebak shopping online sebab selalu la dapat email promote alat elektrik idaman akak selama ni tak lain tak bukan Air Fryer.
Memang selama ni akak berangan nak beli air fryer jenama Philip yang RM700 tu tapi rasa macam tak berbaloi aje so tangguh punya tangguh akhirnya beli jenama Amgo ni.
Promote baik punya terus la akak jatuh cinta. Kenapa akak yakin beli jenama AMGO:
- Rating dan review baik oleh pengguna.
- Bila tengok website company dia, kira ok la boleh dipercayai.
- Harga yang murah dan warna mengancam. RM 173 sahaja. Boleh dapat lagi murah dekat Shopee, ikut musim.
- Brand Amgo termasuk dalam list “Top 10 Air Fryer 2018”. 10 Air Fryers to Help You Create Healthier Meals
Review Air Fryer Amgo
Bila dah sampai mestilah tersangat gembira. Dah cuba masak beberapa kali dan sangat berpuas hati. Sangat bagus untuk mereka yang nak amalkan gaya pemakanan sihat. Ini serius. Memang boleh kurus.
Ayam goreng vs ayam Fryer (Fat free Frying)
Dari kecik kita disogokkan dengan
ayam yang digoreng dalam minyak yang penuh. Rangup, berlemak, dan penuh perisa.
Sila jangan bandingkan ayam goreng KFC dengan ayam fryer ni ye, memang bagai
langit dan bumi.
Bila dimasak menggunakan air
fryer ni jangan kecewa kalau hasilnya tak memenuhi jangkaan.
Masa first time
cuba memang rasa tasteless sebab daging ayam jadi terlalu kering (tak pandai
adjust suhu dan masa). Bila dah pandai baru la seronok guna.
Boleh beli dekat sini - AMGO Air Fryer
Tips masak guna air fryer
- Kalau marinate/ atau perasakan bahan mentah jangan ter over perasa, letak kena sedang elok sebab dia memang meresap ke dalam ayam/makanan semasa proses memasak.
- Nak dapatkan hasil masak yang sekata, size makanan haruslah sama besar. Tidaklah jadi makanan uncook dan over cooked.
- Kena selalu try & error untuk suhu dan masa.
Antara barang elektrik aku beli secara Online ~ Beli Vacumm Cleaner
Makanan yang boleh dimasak menggunakan Air Fryer Amgo
Kalau ikut manual yang diberi,
boleh masak segala jenis makanan yang biasanya digoreng; kentang, burger,
chicken chop, kuih muih goreng, muffin, cake, roti semua boleh la.
Aku seronok
masak ikan tongkol goreng cili padi. Memang terbaik. Goreng ikan guna air fryer
then tumis sambal dia dekat kuali biasa. Jimat masa dan rasa manis ikan tu.
Cara memasak
Letak bahan makanan dalam pan,
set suhu dan masa. Tunggu makanan siap dimasak.
Siapa patut guna Air Fryer?
Semua orang wajib guna. Amboi wajib
kau. Ok kalau tak mahu beli air fryer or belum ada rezeki nak beli kena la
follow konsep memasak menggunakan air fryer ni.
Hanya guna sesudu minyak untuk
gorengan atau tak perlu langsung. Kita sayang badan dan kesihatan kita kan?
Akak ni pun dah masuk kategori
lambat sangat nak bertaubat jaga pemakanan. Tapi lebih elok dari langsung tak
buat.
Niat akak masa beli air fryer ni ialah nak jaga kesihatan satu family,
jadi mak ni tanggungjawab tu dari semua segi. Kalau boleh nak yang terbaik. Rasanya
semua orang pun sama.
Ibu yang berpantang, suami yang
jaga isteri dalam pantang, family yang suka makan makanan bergoreng, ibu
beranak kecil yang kejar masa memang sesuai guna Air Fryer.
Letak dan tinggalkan
je sampai makanan tu masak. Sambil buat kerja lain. Sekian review jujur dari suri
rumah sepenuh masa, beranak tiga.
Adios.
terima kasih atas review. Puan, saya baru duk usha Amgo air fryer ni. Dari segi ketahanan okay ker?
BalasPadamketahanan dari segi rosak cepat tak cepat eh? setakat ni dia masih elok. Apa saya buat ialah lepas pakai cuci, simpan elok-elok. pakai agak kerap la juga.
PadamSenang ada air fryer ni
BalasPadam