Resepi Nugget Homemade
Last week sempat buat homemade Nugget untuk dijadikan as kudapan/breakfast anak bertuah yang cukup payah nak telan nasi tu. Kalau nak makan nasi pun kena pujuk macam-macam cara baru la nak makan. Pening kepala mak nak. Menu pun kena ikut selera dia. Lepas tu kalau suap nasi tak boleh ada ketulan sayur, bawang, dan bendasing. Hebat pulak tu, kalau tersuap dia boleh keluarkan dari mulut dia masa tengah mengunyah.
Dijadikan cerita ternampak la satu post dekat group masakan FB tentang ibu yang ada masalah sama macam aku ni. Rasanya ibu-ibu beranak kecil ni la dilema nya. Nak ajar anak makan makanan berkhasiat kemain hazab. So para ibu kena bijak tackle selera anak la kan.
Nugget Homemade
Terjumpa resepi nugget homemade yang super simple dan sedap. Nak buat pun tak susah. Apa lagi memang semangat la nak cuba. Resepi ni kena ada alatan seperti blender dan pengukus. Dalam 30 minit siap.
Cadangan makan: boleh goreng celup tepung tempura dan makan begitu sahaja atau jadikan rencah untuk goreng sayur, nasi, mee goreng. Pun sedap.
Bahan-bahan:
4 ketul isi ayam
2 senduk nasi
3 biji bawang putih
1 biji telur (Tak letak pun tak apa)
sayur - sayur yang digemari seperti lobak, brokoli, kentang. - potong/sagat jadi ketulan kecil (resepi aku tak letak sebab sayur out of stok)
Garam
Aku letak sedikit lada hitam
sedikit air
Blend semua bahan hingga hancur dan letak dalam loyang untuk di kukus. Masa mengukus bergantung kepada ketebalan adunan. Resepi aku cuba amik masa 30 minit untuk masak.
Tunggu sejuk dan boleh la dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki. aku potong dan simpan untuk di frozenkan. Suami dan anak-anak suka. So suka hati.
Nugget ni sesuai dijadikan menu breakfast dan makan petang. Dah la senang nak buat dan tak perlu la nak beli nugget yang kat kedai sebab kita cuba sedaya upaya elak makanan yang diproses ok. Ibu gembira keluarga bahagia. Ewah sangat ni hahahha.
Selamat Mencuba.
Selain Dari lebih berkhasiat.. budak2 pun kenyang makan ni kan
BalasPadamsedapnya..
BalasPadamWahhh sekali buat kemain banyak!! Selalu resepi hanya include ayam dan perencah2. Ni ada nasik! Memang hebat :)
BalasPadamliez pun sukakalau buat nugget dan sosej homemade.. sbb tahu bahan-bahan yang digunakan dan tiada msg. mesti anak-anak suka
BalasPadampergh sedap pulak tengok. MUrah lagi tu.. hahah nanti Del nak cuba buat kat rumah. #blogwalking here done follow all :)
BalasPadam