Renoskin Merawat Radang Eczema dan Penyakit Kulit

Renoskin Merawat Radang Eczema dan Penyakit Kulit

Alhamdulillah dah masuk hari ke 44 berpantang. Semuanya ditempuh dengan jaya dan baby pun dah kembali sihat dari prolonged jaundice. Terima kasih buat Suami dan orang sekeliling yang banyak membantu. Tercapai hasrat nak berpantang sendiri tanpa jagaan mak. Yeay berjaya. Tepuk bahu sendiri. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan (untuk diri sendiri je ni)


Walaupun berpantang tapi aktiviti lain masih berjalan macam biasa. Bangun siapkan breakfast anak sekolah, kemas rumah dan masakkan untuk seisi sekeluarga. Allah mudahkan sebab selalu berdoa tak jadi apa-apa sepanjang berpantang. Nauzubillah. Makbul doa aku.

Satu je dugaan aku masa berpantang kali ketiga ni, bahagian betis naik biji-biji macam ruam. Gatal dan kulit jadi scarry gilos. Meminta-minta je dia suruh garu. Sekali dapat garu ya Allah nikmatnya. Puas hati. Lepas tu hancur kulit kaki. Menangis tengok kulit jadi merah dan bercalar.

Rasa bahang/panas kat bahagian tu. Memang kebiasaan kalau cuaca panas atau sejuk sangat mesti ruam naik. Terus teringat dan sapu Renoskin. Lega.


Eczema Reoskin


Positive Feedback


Merujuk kata pengasas Renoskin ni; Produk ni dah 2 tahun berada di pasaran dan didaftarkan di bawah kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice). Renoskin juga banyak mendapat feedback positif daripada pengguna dalam membantu melegakan masalah sakit berkaitan kulit. Fungsi utamanya adalah untuk melembapkan kulit dan mengandungi nutriens yang bermanfaat untuk kulit. Khas untuk orang yang mempunyai masalah kulit dan dapat membantu merawat radang Eczema.
Bagi aku Renoskin adalah alternatif kepada ubat yang Hospital berikan, dan khas untuk pengguna yang ingin bertukar cara merawat dari produk berasaskan kimia kepada bahan semulajadi (gabungan campuran herba berkhasiat tinggi seperti Australian Tea Tree, Rosa Canina dan Virgin Olive Etract). Mencuba tanpa memudaratkan bagi aku tak salah.

Pengalaman Pertama Kali Mencuba Renoskin

Tekstur Renoskin yang mudah meresap dan tak berminyak paling aku berkenan. Bukan macam sesetengah lotion bila kita pakai terasa berminyak dan kulit tak bernafas kan? Ha Renoskin ni berwarna jernih dan pekat. Bila sapu ke kulit terasa sejuk je dan ia membantu menyejukkan kulit yang bahang akibat menggaru tu.

Alhamdulillah nampaknya berkesan untuk kulit aku. Setelah hampir seminggu mencuba gatal-gatal pun dah berkurangan. Tapi memang kena konsisten sapu sekurangnya dua kali sehari. Baru Nampak hasil. Bau Renoskin ni pun best. Macam bau aromaterapi. Tenang je. Aku pula jenis tak tahan bau yang bukan-bukan, kesan mengandung kot. Lol.

Selalunya aku akan pakai lepas mandi atau bila gatal-gatal tu datang menyerang. Bersihkan kawasan yang gatal dan sapu setitis dua je dah cukup. Alhamdulillah gatal-gatal tu reda. Seeloknya untuk orang yang ada masalah dengan kulit ni kena selalu pastikan kulit kekal lembap. Kulit terlalu kering pun boleh jadi punca gatal.

Pendapatan Tambahan

Renoskin bukan sahaja membantu mereka yang bermasalah dengan kulit tapi juga membantu menambah duit poket anda yang sedang sakit (selalu kosong). Untuk mereka yang berminat nak jana pendapatan dengan Renoskin boleh hubungi no 016-4907155

Kalau Nak tahu lebih lanjut tentang macamana Renoskin membantu mereka yang ada masalah kulit boleh layari facebook:

Renoskin hq terapi Eczema organic - https://www.facebook.com/RenoSkinHQ/

Instagram:  renoskin_official - https://www.instagram.com/renoskin_official

Disclaimer: Segala kenyataan di atas adalah merupakan pendapat peribadi dan berdasarkan pengalaman sendiri. Sila dapatkan nasihat doktor anda sebelum mencuba produk ini dan kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang komplikasi.


Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.