[Ya Allah rupanya ada entry terperam.
Oleh sebab dah mencurahkan idea kat entry ni haruslah di tepek kan jua ke dalam
blog. Cerita ni pun dah habis. Happy ending. Kelakar bila Ana kahwin dengan si
botak yang dah tumbuh rambut. Apa pun cerita ni berjaya buat hati Kak Diah
tersentuh. Kak Diah bagi 5 *]
Siapa tengok Drama Lafazkan
Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose tu. Dah nak sampai
minggu akhir pun. Selalu kena tengok ulangan ke esokkan hari sebab waktu
tayangan pukul 10 malam baby minta perhatian nak tidur.
Bergolak emosi tengok cerita tu.
Sakit hati tengok peel suami isteri yang kadang-kadang terperasan macam sama je
jadi kat diri sendiri dan laki.
Kan ada scene yang isteri cemburu
lepas tu hilang kepercayaan kat suami dia, lepas tu marah then hamburkan
kata-kata tak sepatutnya. Tak lama kemudian istri baru tahu cerita sebenar nya
suami tak bersalah pun. Tapi dah terlajak kata. Nasi dah jadi bubur.
Suami pun tercalar ego, merajuk
membawa diri. Terasa hati dengan kata-kata isteri. Bila isteri tersedar atas
kesilapan sendiri dan datang minta maaf pada suami atas kata-kata kasar dia dan
beria minta maaf boleh pula suami keraskan hati dan hukum isteri.
Diamkan diri dan menjauhkan diri
dari isteri. Dah dua-dua sengsara. Nak maafkan isteri tapi EGO dan DENDAM
menguasai diri. Akhirnya dua-dua mereput terseksa. Hahahhaha. Masa ni aku dah
rasa over la jantan ni nak hukum isteri lama-lama. Biasalah kan tersalah
sangka. Orang dah minta maaf, teruskan lah kehidupan.
Tak sabar nak tunggu ending dia
macamana. Kalau ikut sedutan minggu akhir si isteri terlantar kat hospital
sebab ada penyakit. Ha ada jugak bab suami menangis minta maaf. Padan muka
uols. Masa ada masa berbaik uols tak berdamai. Degil, ego. Rasakan. Ok akak
emo.
Back to reality, macam tu juga la
kehidupan rumahtangga. Ada masa bertikam lidah dengan suami. Bergaduh bagai nak
rak. Siap bentang hujah 3 muka surat nak make sure menang perselisihan.
Perempuan kalau bab menjawab memang terbaik. Akak cakap kat diri sendiri ni.
Tapi apa selalu akak buat tau.
Lepas habis berhujah akak akan lari ke suatu sudut atau buat kerja. Selalu ke
dapur la sambal pasang air sinki tu sambil bercakap dengan diri sendiri.
Buatnya masa bertekak salah seorang dari kami ni di cabut nyawa. Adoi tragis
kan. Tak sanggup nak bayangkan seterusnya.
Biasanya kalau dah dapat bayangan
macam tu terus tone suara akan berubah. Nada akan jadi lebih rendah dan cuba
tukar tajuk. Terus tak jadi gaduh. Hahhhhaha. Rasa ruginya habiskan masa dengan
gaduh aje. Hidup pun sekejap aje kat dunia ni. Kata tempat persinggahan.
Akak bukan hebat nak nasihat tapi
tak rugi kalau rendahkan ego untuk bahagia. So moral of the story, bergaduh dan
bersikap negative ni memenatkan dan membuang tenaga. Selain dari mengundang
kemurkaan Allah dalam rumahtangga, Ego juga tidak mendatangkan kebaikkan.
Elok-elok suami nak belikan barang kemas sebagai hadiah terus dia guna duit tu
beli handphone baru dia. Lol.
Pesanan khidmat masyarakat ini
dibawakan oleh kak Diah untuk pembaca tersayang. Bye.
* credit Google image - picture
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.