Cara Mohon Faedah Tunai Interim PERKESO

Berita baik khas untuk mereka yang kehilangan pekerjaan di tahun 2018 dan nak dapat duit bantuan selama tiga bulan dari PERKESO. 
Dan juga nak sertai Program Penempatan Pekerjaan Semula wajib baca entry ni sampai habis. 
Duit yang diberikan adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang hilang punca pendapatan sementara nak dapatkan pekerjaan baru.
Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM600 bagi tempoh maksima 3 bulan. Pemohon haruslah memenuhi syarat dan aktif mencari pekerjaan untuk kembali bekerja.

Cara Mohon Faedah Tunai Interim PERKESO

Oleh sebab aku dan rakan-rakan adalah antara pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal dari tarikh yang dinyatakan di dalam kontrak (bukan sukarela berhenti).

Maka kami termasuk dalam golongan yang layak untuk memohon mengikuti Program Penempatan Pekerjaan Semula dan mendapat faedah tunai dari PERKESO atau nama lain dia SIP.


PERKESO SIP

Apa itu SIP?


SIP merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan. 

SIP terdiri daripada dua komponen utama iaitu insurans pekerjaan (Employment Insurance) dan Active Labour Market Policies (ALMPs).

Komponen pertama: pekerja yang terjejas akan diberikan bantuan kewangan sementara untuk menyokong diri dan keluarga mereka semasa mencari pekerjaan baharu. 
Mereka juga akan diberikan bantuan kewangan tambahan jika mereka menjalani program latihan yang diakreditasi untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Komponen kedua: sebagai tambahan kepada bantuan kewangan, pekerja yang terjejas akan disokong dengan program perkhidmatan pekerjaan semula. 

Ini adalah untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan secepat mungkin yang baharu dan sesuai. Ini termasuk bantuan kaunseling kerjaya, carian dan padanan pekerjaan serta latihan.


Siapa yang layak memohon SIP?

Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO & pekerja yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh 1 January 2018 sehingga 31 December 2018.

Jenis-jenis kehilangan pekerjaan yang TIDAK LAYAK untuk memohon:
  • Persaraan Wajib
  • Tamat Kontrak
  • Perletakan Jawatan Secara Sukarela
  • Salah Laku (Misconduct)
Cara mohon SIP secara Online

Klik link https://sip.perkeso.gov.my/ib/registration dan isi maklumat dikehendaki. Jangan lupa lampirkan segala borang yang diperlukan. 
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan kita lambat di proses sebab tak lengkap. 
Macam kes aku, masa aku upload salah satu dokumen tu tak masuk dalam server mereka sebab gangguan internet. 
Masa aku nak submit so minggu lepas ada pegawai PERKESO telefon dan aku dikehendaki menghantar semula dokumen tersebut.

Borang yang perlu dilampirkan:
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Akaun Bank
  • Surat pemberhentian daripada majikan 
  • Slip gaji terakhir
  • Surat tawaran pekerjaan terakhir

SIP PERKESO






 * Ada kawan aku dapat selepas tiga hari memohon dan ada yang sedikit lambat. Kalau agak-agak lambat boleh lah call dan buat follow up.

** Aku Alhamdulillah dah selamat dapat untuk bulan yang pertama. Kalau tak silap untuk bulan kedua dan ketiga kita perlu mohon semula guna link yang sama ya.

Ulasan

  1. Baguskan afa bantuan mcm ni.. sekurang2 boleh membantu ringankan beban sikit sementara cari kerja lain

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.