Prolong Jaundice adalah antara perkara kritikal dan boleh sebabkan ibu bapa berada dalam tekanan sebab kena buat keputusan yang terbaik untuk anak.
Bagi ibu bapa yang pertama kali berada dalam situasi ni aku harap korang lapang dada. Akan ada situasi buat kita berada di hujung tanduk, sebab salah langkah nyawa anak jadi taruhan.
Masa genting ini lah kewarasan ibu bapa menjadi taruhan. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku dan suami baru je lalui pengalaman menakutkan tu.
Cara Merawat Anak Prolong Jaundice
Hati akan berbelah bahagi apabila terdapatnya tekanan dari orang sekeliling yang asyik sarankan pelbagai cara untuk dicuba.
Kita risau akan memudaratkan kesihatan bayi tapi dalam masa yang sama nak bayi kita segera sembuh.
Pengalaman Anak Prolong Jaundice
Kena fikir dari sudut positive yang mereka mengambil berat dan sayangkan kita. Bermula saat ibu mengandung dengan ujian alahan, check-up kesihatan sehinggalah saat bayi dilahirkan.Masih ada lagi perkara yang perlu ibu bapa siapkan
diri iaitu tahap kesihatan anak dan biasanya bayi dikaitkan dengan Jaundice
ataupun kuning.
Berkongsi pengalaman aku sendiri
untuk anak ketiga, pertama kalinya aku mengenal apa itu Prolong Jaundice. Anak
pertama dan kedua kena juga Jaundice tapi tak dikategori sebagai Prolong.
Perkara baru dan pengalaman baru. jadi aku nak kongsikan apa perlu di buat kalau
hadapi masalah yang sama.
Apa perlu buat bila anak prolong Jaundice?
1. Rujuk di Klinik Kesihatan dan
ikut cakap doctor yang merawat. Banyakkan membaca mengenai Prolong Jaundice.
2. Susukan anak sekerap mungkin (sejam
sekali, dan paling lewat ialah dua jam) dan pastikan anak kerap buang air
besar. Semakin kerap membuang semakin cepat kuning hilang.
3. Elakkan makan Lada hitam,
kunyit, halia, jamu, air akar kayu dan sebagainya sehingga anak betul-betul
bebas kuning. Emak aku kata semua bahan tu bersifat 'panas'.
4. Jangan berikan bayi makanan
lain selain dari susu ibu. Ada berlaku kes yang membahayakan kesihatan bayi
apabila diberi makanan selain dari susu ibu. Susu ibu adalah yang terbaik.
Kalau nak juga
ikhtiar menggunakan kaedah alternatif seeloknya hanya ibu yang minum atau
makan. Aku hanya amalkan susu kambing yang aku minum dan kerapkan susukan baby.
5. Mandikan anak dengan air
rebusan daun kucai, ubat kuning (serbuk herba) yang dibeli dari kedai ubat
cina, air rebusan kundur, air rendaman agar-agar.
Aku cuba serbuk herba Cina
tapi tak serasi jadi aku mandikan dengan air rebusan Kucai. Alhamdulillah turun
kuningnya. Tak tahu apa kaitan tapi selagi bukan bayi kena minum/makan aku sanggup cuba.
6. Selepas usia bayi 14 hari dan
bacaan kuning masih lagi di atas 100 bayi akan di rujuk ke hospital besar untuk
pemeriksaan darah dan air kencin.
Ini untuk pastikan hati, buah pinggang dan
lain-lain bebas dari penyakit berbahaya. Sila ikut cakap doctor dan jangan
teragak-agak supaya apa jua penyakit dapat dikawal dari awal.
7. Tabahkan hati dan kuat demi
bayi. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Sayur, buah, susu kena ambil
dalam setiap hidangan.
8. Jangan putus doa dan sentiasa
positif. Dapatkan sokongan suami dan ahli keluarga terdekat.
Itu sahaja yang dapat aku
kongsikan. Semoga perkongsian yang tak seberapa ni membantu ibu bapa kat luar
sana.
Masa ini memang tak boleh panik.. Paling penting dapatkan nasihat nurse dan doktor.. Sha masa anak kena jaundice ini, memang kerap susukan dia.. Supaya dia kerap berak dan kencing..
BalasPadam