Artikel kali ini nak kongsi pengalaman selepas mencuba Pakej Urutan semasa Berpantang dari Comfort Zone Spa, Prima Sri Gombak.
Alhamdulillah mudah sangat segala urusan baik dari segi tempahan dan juga perkhidmatan sehingga semuanya selesai.
Untuk korang bakal ibu yang nak menggunakan khidmat urutan selepas bersalin terutama yang menetap di Lembah Klang boleh baca perkongsian ni sampai habis.
Pakej Urutan Bersalin dari Comfort Zone Spa
Selepas buat beberapa perbandingan harga dan baca review aku nekad memilih Comfort Zone atas beberapa faktor:
- Confinement Lady (CL) adalah warganegara Malaysia dan ada sijil kelayakan & di iktiraf.
- Pakej yang berpatutan dan mampu bayar.
- Pakej CL tidak perlu stay di rumah.
- Background Spa yang di kenali dan berpengalaman.
- CL dan Service yang mesra pelanggan.
Cerewet kan aku? tapi itu adalah PERLU ya. Untuk keselesaan aku juga. Sebab kita dah bayar kan? Oleh sebab aku berpantang sendiri untuk anak ketiga so memang kena cari sendiri orang untuk berurut.
Bila perlu booking Pakej?
Seeloknya book sebulan sebelum
tarikh bersalin, lagi awal lagi bagus. macam aku book 2 bulan sebelum tarikh
bersalin. Whatsapp sahaja detail ke 013 - 6857412 (owner – Puan Nurul Wahidah).
Kena nyatakan tarikh jangkaan bersalin dan alamat berpantang. Kalau rezeki
dapatlah kak Wahidah yang urut kalau tak staff dia pun ada.
Untuk kawasan Kuala Lumpur Kak
Wahidah yang akan urut sendiri, dan untuk kawasan lain macam Shah Alam dan lain-lain ada
staff Comfort Zone yang akan cover.
Kena bayar deposit RM200 sebagai
tanda kita book.
Pakej apa yang ada?
Aku ambil pakej basic - Ibu iaitu
urut selama 3 hari. Penjagaan untuk aku dan tak termasuk baby. Boleh check
pakej dekat sini.
Baca Sini ~ Pakej Berpantang Ibu & Anak Comfort Zone
Baca Sini ~ Pakej Berpantang PantangPlus.com
Caj lain yang dikenakan adalah
caj pengangkutan. RM25 untuk 3 hari. Kalau nak hanya urut dan tiada tangas/
param/pilis/ bertungku etc tu 3 Hari urut berharga RM360.
Waktu Bermula Urutan?
Untuk yang bersalin Normal, boleh
mula seawal hari ke 4 selepas bersalin dan untuk bersalin secara pembedahan
urutan boleh dilakukan selepas 10 hari selepas bersalin.
Review Aku Tentang Pakej Urutan Bersalin dari Comfort Zone Spa
Sejujurnya aku sangat suka Kak
Nurul urut dan berpuas hati dengan layanan dia. orangnya pun ramah so tidak la
aku segan. Dia akan tanya sakit atau tak dan tahap dia urut pun bergantung
kepada ketahanan kita.
Macam aku ni jenis tak tahan urut. Kena medium aje
urutan tu. Tiga hari berurut rasa lega sangat.
Alhamdulillah aku tak demam
lepas urut, sebab pernah aku kurang sihat sebab badan sakit-sakit kena urut.
Hari pertama aku berurut termasuk
la urutan bengkak susu. Lega sangat-sangat bila dah dibetulkan urut-urut yang
tersimpul.
Maklumlah bertahan sampai 9 bulan asyik tidur mengiring sebelah kiri
memang sedap sangat lepas berurut.
Hari ketiga aku bertangas selama 20 minum.
Perghh memang segar.
Secara keseluruhan berbaloi kalau
ambil pakej dengan Comfort Zone Spa. Ni bukan review berbayar ye.
Aku berkongsi
untuk mereka yang berada di sekitar KL dan mencari orang yang berpengalaman
dalam urut mengurut ni.
Aku pun ambil pakej yang basic jadi lepas ni kalau nak
mengurut boleh contact Kak Wahidah atau boleh pergi ke Spa di:
Comfort Zone
1-56, Jalan Prima SG 3/1
Prima Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
Tel ☎ : 03 - 67344548
Boleh terus whatsapp
www.wasap.my/+60136857412
Boleh follow page di FB untuk keterangan lanjut
3 hari berurut tu wajib kan!rasa ringan je badan.haha
BalasPadamHihihiih betul tuh
PadamSekarang dah mudah kan sis.. Yang penting bila mengandung dah kena buat budget semua.. Lepas bersalin memang nak guna banyak duit.. Terutama sekali penjagaan untuk kita ibu yang bersalin ini..
BalasPadam