Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi selamat melahirkan anak ketiga iaitu seorang Puteri ke dunia dengan selamat pada Hari Isnin, 22 January 2018 pada pukul 11; 21 malam di Rampai Puteri Medical Centre.
Pengalaman melahirkan anak ketiga pada usia 33 tahun yang mana aku rasa dah terlalu tua nak melayan morning sickness dan sakit bersalin. Ahaks.
Pengalaman Bersalin Anak Ketiga
Baby seberat 3.8kg dan bersalin Normal seperti yang di idamkan. Alhamdulillah makbul. Untuk anak ketiga bersalin di sambut oleh Doctor pilihan hati; Doctor Zana Zalinda Bt Ghazali.
Doctor yang sama sambut kakak dia, Raudah Sakinah di Gombak Medical Centre dulu. Kita ikut ke mana doktor Zana bertugas ya.
Tanda-Tanda Nak Bersalin
Tidak banyak drama dan tanda nak
bersalin untuk kali ke tiga ni. Kali ni sedikit berbeza sebab lahir pada waktu malam, dan
tidak pecah air ketuban.
Kali ni hanya keluar brown spot. Darah cair/ lendir
yang aku perasan masa pukul 9 malam. Dan keluar lagi pada pukul 10 malam.
Anak pertama – cirit
birit, loya dan muntah-muntah. Pecah air ketuban pukul 1 pagi dan bersalin
pukul 7 pagi.
Anak kedua – pecah
air ketuban pukul 3 pagi, cirit birit, loya dan muntah-muntah. Lahir pagi pukul
10.00 pagi.
Anak ketiga – keluar
lendir/darah coklat start pukul 9 malam. Kurang loya dan muntah. Lahir pukul
11:21 malam.
Malam tu macam biasa suami sampai
rumah dalam pukul 8 malam, siang tu tak kuat mana pun contraction tapi
berjaga-jaga sebab dah masuk 39 minggu 5 hari.
Memang ikut sejarah anak aku semua
keluar pada minggu ke 39. Jadi bersedia sajalah. Contraction tak kuat mana dan aku masih berjaya kawal
sakit dengan teknik pernafasan.
Tarik pendek ikut hidung dan lepas ikut mulut
secara panjang sambil zikir Doa Nabi Yunus. Itu je aku ulang dan Alhamdulillah
aku tenang hadap sakit.
Masa keluar darah pukul 9 malam
terus whatsapp Doc Zana tanya perlu ke hospital atau tidak. Sempat aku suggest
datang hospital pagi esok jela. Sebab malas nak bermalam dekat wad dengan
budak-budak ni.
Doctor insist aku datang hospital dan check. Maka bersiapla tapi
memang lembap la aku buat sebab contraction selang 5/10 minit sekali.
Pukul 10malam masuk tandas keluar lagi brown spot tu. terus ke hospital.
Proses Melahirkan Anak Ke Tiga
Check CTG, check bukaan oleh
bidan sementara tunggu doctor Zana sampai sebab dia masa tu on the way balik rumah
baru habis shift. Masa check ni dalam pukul 10.40 malam ke atas bukaan dah 8cm.
Amboi terus panic nak bawa aku ke labor room. Suruh ready salin baju etc.
Sementara tunggu doctor sampai dan aku kena tahan la jangan push lagi takut
baby keluar.
Elok je dengar suara doctor terus
aku readykan mental nak meneran baby. Suami kata tak lama pun proses tapi bagi
aku yang meneran ni rasa hazab la juga.
Aku perasan ada 4 kali (sesi) aku
teran. Dua kali aku teran keluar isi perut dan najis, kali ketiga teran pecah air
ketuban dan kali ke empat teran baru keluar baby. Setiap sesi ada la dalam 4/5
kali meneran sekuat tenaga.
Sesi ke empat paling genting sekali. Paling perit
bila doctor macam tolong koyakkan bawah reality tak pun dia pegang bantu kepala
baby keluar.
Yang aku dengar suara bidan masa tu, ha ok dah nak keluar sikit
lagi lepas je teran tu, jerit je baru la keluar baby.
Ya Allah seram nak ulang
semula.
Masa selang sesi ke dua doctor
suggest aku bersalin kedudukan squad based on baby aku pernah sosngsang dan baby
selesa dengan kedudukan dia dalam perut.
Masa tu aku tak dapat fikir pon sebab
sakit nak gerak pon tak boleh.
Then doc suggest aku bersalin dengan kedudukan mengiring
ke kiri. Dia lipatkan/tegakkan kaki kanan aku jadi segi tiga. Ok tak reti nak
explain.
Untuk setiap sesi meneran aku memang minta bidan and doctor tolong
tolakkan perut aku ke bawah.
Entah aku rasa selesa dan berkesan aku rasa.
Apa pun yang doctor buat adalah
berdasarkan tahap kesihatan pesakit dan kebolehan/ kemampuan pesakit.
Yang
berbahaya memang doctor tak izinkan. Lepas bertarung nyawa, lahirlah Puteri
dengan suara yang nyaring.
Doctor letak dia dada aku dalam beberapa minit macam tu
untuk bonding. Lebat rambut dia. Suara nyaring jugak. Lepas tu minta doctor
sunatkan dan bersihkan baby.
Untuk aku belum habis di situ,
masih kena meneran untuk keluarkan uri dan darah. Lepas tu kena seluk lagi
untuk make sure semua keluar. Abah dia guntingkan tali pusat dan iqamahkan.
Baby terus berak so bersyukur sangat. Sempat aku pesan kat doctor nak bius untuk
jahit tapi doctor kata tak luka pun.
Cuma melecet sedikit sahaja so dia suggest
sapu cream yang hospital akan bagi. Alhamdulillah. Bersyukur sangat.
Selesai semua pembersihan dan
check terus di bawa ke wad 103. Berehat di bilik sementara nurse check baby.
Sempat pump susu sebab risau air susu tak keluar macam anak kedua dulu.
Alhamdulillah keluar walau tak banyak mana. Baby pun baru pandai nak sedut.
Petang esoknya dah dibenarkan
discharge. Setelkan bil dan antara syarat boleh discharge adalah parents kena
sediakan car seat untuk baby.
Nurse akan check kalau tak ada boleh pinjam/sewa
percuma dengan pihak hospital.
Kena letak deposit RM100 dan mesti pulangkan
dalam masa seminggu dan deposit akan dikembalikan. Bagus kan policy dia.
Alhamdulillah
untuk kesenangan proses bersalin kali ni, tak kena jahit dan semuanya baik
sahaja.
Selamat datang untuk
ahli keluarga baru: AIRIS. Abah, mama, abang dan kakak
gembira dengan kehadiran awak ke dunia ni. Moga jadi Anak Solehah.
Alhamdulillah dimudahkan. Sy baca post akak dr GMC tadi dan tersampai pula kag sini. Anak first sy bersalin di tunku azizah. Skrg dah tukar nama. Tertanya2 la juga servis dan semuanya masih sama atau dah berubah. Kalau akak berkelapangan utk share pengalaman un detail , akak whatsapp sy boleh? 0192410204. Terima kasih bnyk ��
BalasPadamBagus polisi dia mengenai carseat tu.. Untuk keselamatan kan..
BalasPadamthank you for sharing this akak
BalasPadam