Drama Lafazkan Kalimah Cintamu
Aku ni kalau tengok cerita kat Astro memang akan pilih channel Masak memasak, Say Yes To the Dress, NCIS dan of course Drama Melayu jadi pilihan last sekali. Bukan apa aku rasa drama Melayu ni bosan asyik la cerita anak orang kaya hensem kena paksa kahwin. Berepisod panjang pula tu.
Tapi semenjak terpaut dengan Drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Nelydia Senrose dan Farid kamil terus melekat follow setiap episod. Hero dan heroin bukan favourite tapi sebab jalan cerita dan keberkesanan watak yang mereka bawa tu yang buat aku follow je cerita ni. Suami pun terlibat sekali.
Best Ke Drama Lafazkan Kalimah Cintamu?
Benda pertama yang buat aku suka Drama ni ialah lagu soundtrack dia guna lagu lama Dato’ Siti Nurhaliza – Kesilapanku Keegoanmu. Drama ni juga merupakan adaptasi dari novel yang ditulis oleh: Siti Rosmizah Semail. Dah lama aku tak membaca Novel. Masa bujang dulu selalu la juga. Dah ada anak ni nak pegang buku macam limited sangat masa.
Drama ni kelakar bila si Nelydia
ni suka sangat make up over lepas tu pakai rambut palsu macam nak tutup
kecantikkan dia. Selamba je datang office dan keluar pakai macam tu. Confident
habis. Tak sabar nak tunggu Hero and Heroin bahagia bersama dan Pak Engku tu
sedar yang dia dah lama berdosa dengan anak dia, Tengku Aqilah.
Dalam Drama ni ada Adibah Noor jadi maid Tengku Hisham so aku rasa macam fresh sangat bila dia suntik watak orang gaji yang boleh melawan cakap tuan rumah. Kelakar pun ada.
SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
Tengku Aqilah, seorang anak yang
di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan
beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13
tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas
tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan
keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah
padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak
kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku
Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat
milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur
jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan
kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan
kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat
Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu
menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti
perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu
membara api kebenciaan terhadap dirinya.
Tengku Hashim, bapa saudara
Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang
namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum
menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang
telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah
mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih
dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku
Aqilah?
Husniey belum layan lagi drama ni.. tapi rasa macam baru nak start juga ni, selalunya tonton online jela.. hehe kat umah ni takde astro ria.. Just pasang njoi je 😁
BalasPadamMacam best je
ray x mminat sgt drama. tp kalau betul, best ray tgk la jugak
BalasPadamDuk tengok kat insta FK je, saya takda astro, hehehe.Pasrahh...
BalasPadamTak tengok drama ni.. Huhuhu..
BalasPadamtengku aqilah mati last episod
BalasPadamtengku aqilah mati last episod
BalasPadam