Review Stand Mixer Singer
Aku rasa setiap wanita harus ada stand mixer dekat rumah terutama untuk mereka yang rajin buat kek mahupun biskut. Aku rasa sangat-sangat membantu dan berguna jimatkan tenaga serta masa.
Oleh sebab memang aku minat buat kek terutama bila aku dalam keadaan stress, lebih penting tak semua kek aku menjadi tetapi tidak menjadi halangan untuk aku beli stand mixer.
Hand mixer memang dah ada
kat rumah, aku beli stand sebab lenguh weh kalau nak kena beat telur sampai gebu. Kalau guna stand mixer kau tunggu jelah, tak perlu pegang.
Sempena birthday aku yang dah lepas, akhirnya beli juga stand mixer yang di idamkan untuk dihadiahkan buat diri sendiri. Kira self-reward la ni. Berapa banyak rewards jangan tanya eh.
Lepas baca banyak review di Lazada, akhirnya terpikat hati beli jenama Singer
SM330 Stand Mixer 3.3L dengan harga hanya RM103.00. Murah la kan?
Aku dapat sebiji macam dalam gambar dan tak ada aksesori tambahan.
Aku dapat sebiji macam dalam gambar dan tak ada aksesori tambahan.
Perkara Perlu Tahu Sebelum Beli Stand Mixer
1. Review- Baca review orang yang pernah beli dan berapa star diaorang bagi. Bagi aku ini adalah step paling penting. Melalui pengalaman orang lain kita boleh tahu jenis penjual dan kualiti barang yang dijual. Lagi bagus kalau review beserta gambar.
2. Warranty - Rajinkan lah diri untuk baca product description dan semak tempoh warranty. Kebiasaan barang elektrik ada warranty paling tidak 3 bulan. Penting sebab kalau terjadi apa-apa kerosakan. bolehlah elak kerugian. Lagi lama tempoh warranty lagi bagus untuk pengguna.
3. Trusted Brand - Seram juga kalau nak beli barang yang jenama dia belum pernah kita dengar. Cubalah cari la yang popular dan dipercayai.
4. Harga - Bandingkan harga yang kita berkenan nak beli dengan harga kat pasaran. Berbaloi? Sila grab tanpa segan-segan
*Tips Bonus :Bowl Mixer - Untuk Stand mixer salah satu criteria yang selalu orang tengok adalah, adakah BOWL mixer tu akan berpusing atau static.
Yang aku beli BOWL ni berpusing. Best sangat. Penting sangat ke
bowl tu kena pusing? Kalau dah automatic pusing dah tak perlu kau nak
kacau-kacau adunan dalam tu. menyenangkan kerja. Jangan malas baca description sebab orang selalu terlepas pandang.
BACA aku review ~ Mudahnya Masak Guna Pressure Cooker Giselle
So far itu je yang boleh aku kongsi. Elakkan jadi pengguna yang menyesal lepas beli barang. Ini berdasarkan pengalaman sendiri ok. Memang nampak remeh dan leceh lah nak kena study semua benda, tapi apa salahnya untuk ketenangan di masa hadapan. Kecuali korang kaya gila belilah sesuka hati. lol
Mixer ni senang, tak lenguh2 nak buat kuih raya lagi. hahaha. Nanti kena beli siap2 senang kahwin nnt boleh selalu baking,hahah.
BalasPadamTinggal nak rajin buat dengan xnak je. Dah kahwin lagi suka sbb ada org boleh suruh makan bila buat kuih
Padam