Ibu Berkerjaya atau Suri Rumah Sepenuh Masa
Tahun 2018 aku rasa tahun yang
agak perit untuk kerjaya aku. bermula pencarian kerja selepas graduate dari
UiTM pada tahun 2008, dan kemudian sertai Training organized by Bank Negara
Malaysia selama setahun (FSTEP) selepas tu baru kembangkan sayap mencari
kerjaya sesuai yang sesuai di hati.
Walaupun graduate dalam bidang
Perbankkan Islam tapi hati tak pernah nak redha bekerja di Bank. Kenapa? Aku
tak suka life as a banker. Nampak bagus
tapi aku sengsara. Sempat timba pengalaman itu pun tak lama masa internship so
nekad nak pilih kerjaya yang bukan dalam bank. Ikut hati muda masa tu.
Lepas tu aku dapat masuk kerja di
bawah Group sekarang aku bekerja. Gigih dari 2010, pertukaran di bawah anak
syarikat, pertukaran post dan juga pengalaman bekerja yang aku rasa superb
best. Cuma dua tahun kebelakangan masa depan kerjaya aku kelam. Itu pun di
sebabkan oleh Politik office.
Aku antara mangsa yang terkena tempias
walaupun aku tak terlibat secara langsung. aku kuli je kot. dan permulaan untuk
tahun baru, service aku dan beberapa kawan lain termasuk bos aku telah pun
ditamatkan. Begitu sahaja.
Panjang ceritanya sebelum
ditamatkan perkhidmatan. Sempat la bertukar status dari permanent kepada
pekerja contarct. Taktik company nak buang pekerja.
Dengan keadaan aku yang menunggu
hari, aku redha je. Jujurnya memang pengalaman jadi anak tiri di syarikat beri
kesan mendalam pada jiwa, rasa rendah diri, sedih, dibuli tu toksah nak cakap.
Tapi cuba maintain ceria. Bukan semua paham apa kita rasa.
Tarikh last Last service yang
diberitahu adalah 4 Jan2018, selepas 7 tahun bersama Group aku akan tinggalkan
begitu sahaja. So selalu pesan kat diri sendiri, jangan bebankan diri dan
berkorban segalanya untuk company sebab bukan semuanya menghargai kita. Cuma
buat sehabis baik mana yang mampu. Tak perlu kita korban diri atau keluarga,
atau kesihatan sendiri. sebab satu masa dulu aku pernah buat benda tu semua.
In sha Allah selepas selesai
segalanya nanti aku akan duduk fikir semula sama ada nak jadi suri rumah
sepenuh masa atau pilih jadi ibu berkerjaya. Doakan.
Dalam ekonomi sekarang ni, kerja di mana pun tak menjanjikan kita akan selamat dari politik kerja.
BalasPadamsetuju.. tahun ni akan lebih mencabar
Padamdua dua ada kebaikan dan keburukan.. bgantung kpd situasi kan..
BalasPadambetul kena ambil banyak faktor, tanggungan, pinjaman kalau ada dan kos2 lain
Padamboleh yea tukar status permenant ke contract macamtu jea yea..taknak report kepada JTK ke
BalasPadammasa tu banyak alasan bagi. memang terfikir nak buat. in sha Allah kalau ada keizinan akan cuba
Padamdok umh pn boleh bkerja sis..
BalasPadambuat business online kan? yg penting kena bijak
PadamSetuju ayat ini "jangan bebankan diri dan berkorban segalanya untuk company".. Dulu pernah buat macam nie.. Tapi lepas tak dihargai dan dipingirkan Sha buat keputusan, kerja 8-5 sahaja.. Not more than that.. Sha doakan urusan sis dipermudahkan.. Semoga Allah murahkan rezeki sis.. Aamiin..
BalasPadamBetul Sha, sakit betul bila tak dihargai. bukan isu ikhlas ke idok, tapi sebagai manusia kita ada perasaan.
Padam