Cara Mudah Pasang Lencana Sekolah

Anak dah masuk sekolah ni baru lah berjinak-jinak nak beramah mesra dengan pembalut buku, cop nama, lencana sekolah, dan macam-macam lagi. 

Zaman pun dah maju, semua mencari tips dan cara paling senang nak buat sebab almaklumlah ibu bapa sekarang semakin bijak dan semakin sibuk. 

Anak seoarang boleh lagi, kalau dua, tiga orang yang dan start bersekolah. Penat juga. Hari tu masa setelkan urusan pembelian barang sekolah Ikhwan, beli lencana sekolah sekali. 


Cara Mudah Pasang Lencana Sekolah


Masa tu dah dalam dilema, nak tampal je atau nak jahit, sebab ada terbaca cara mudah nak tampal tanpa perlu jahit. 

Tapi abah dia rajin, nak jahit. So bagi can abah dia jahit. Lepas settle jahit baru perasan kedudukan lencana salah. adoi tepek dahi.






Tak Perlu Jahit Lencana Sekolah?


Kalau dah tahu ada cara mudah tampal lencana kenapa perlu jahit?

Sebelum nak beli barang untuk nak tampal kononnya, ada la post pasal ni kat FB; ada kawan yang comment yang tudung anak dia rosak selepas beberapa ketika. 

Mungkin dia basuh ganas sangat ke apa kan. ok fine, lepas tu ada yang yang kongsi pendapat kurang best la. So terkuburlah hasrat nak guna cara mudah tu.

Suami pulak baik hati nak ganti mak buyung jahitkan lencana. Setel urusan. Oh untuk siapa nak mencuba, kot la kan menjadi boleh refer step bawah ni ya. Aku refer blog mamakembartiga untuk tutorial ni. 

Bahan yang diperlukan:

  1. Gam UHU ‘All Purpose Adhesive’ yang jenis melekit macam lendir tu. Jangan guna yang ‘Super Glue’ yang jenis cair nanti jadi bertompok tompok.
  2. Kertas keras/ kertas manila sebagai pelapik 
  3. Iron
  4. Lencana
  5. Kain tuala/ sapu tangan yang di basahkan

Cara:

  1. Letakkan kertas tebal ke dalam poket atau belakang tempat nak tampal lencana tu. Ni lapik supaya gam tak meresap ke bawah.
  2. Letakkan gam UHU di belakang lencana. Jangan banyak sangat nanti comot plak.
  3. Tampal lencana ditempat yang dikehendaki.
  4. Letakkan kain basah tadi diatas lencana dan seterika atas kain tu sampai laa lencana melekat.
  5. Keluarkan kertas keras tadi. Tadaaa dah siap!




Ok selamat mencuba. 

Ulasan

  1. Waktu zaman sekolah Hana memang paling tak suka bab jahit lencana,asyik mereng je.Tak pernah terfikir pulak nak guna cara ni...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.