Cara Mudah Buat Photobook Worldwide
Ini adalah entry sambungan lepas aku berjaya beli Photobook murah Hanya RM8.48
Kali ni meh aku share cara-cara nak buat Photobook ni, aku follow
step dari FB/Instagram @faidhi badri @fanessa_collection dan aku
olah ikut kefahaman aku.
Gambar pun ada yang aku pinjam dan ada masukkan gambar
aku sekali. combine sekali la.
Korang follow je step kat bawah ni.
1. Download application Photobook ni kat appstore atau
google play store
2. Pastu pilih simple book
3. Masukkan email dan details. Lepas tu tunggu link kena
verify baru boleh proceed dekat apps.
4. Pastu tekan yang 6"x 6" simple book tu
5. Tekan button next kat bhg atas tu
6. Pastu pilih la gambar korang yang nak dimasukkan dlm
photobook tu.
7. Dah selesai pilih 20 gambar pastu tekan next. gambar yang
dipilih masih lagi boleh replace dan delete. Boleh pilih gambar yang sesuai
untuk jadi cover photobook tu. Sebelum kita proceed untuk masukkan detail
shipping and payment, ada satu column optional untuk kita masukkan tajuk atau
ayat jiwang kita nak letak dan benda alah tu akan terpampang kat cover luar
belakang photobook kita nanti. Refer gambar no 1 bawah ni.
8. Bila dah siap , lepas tu kena masukkan details termasuk
alamat rumah, nama, no handphone.
9. Sebelum teruskan buat pembayaran, masukkan code ni HARIANMETRO atau KOOL79
untuk dpt free photobook tu. nanti tekan
Apply discount. Kalau tak masukkan kena bayar RM79.00 tu
10. Dah keluar total amount RM8.48 tu, baru pilih bank apa
untuk buat pembayaran.
11. Order confirm pembayaran dan detail akan dihantar
melalui email.
12. Kena upload semua gambar di apps Handphone dan tunggu
untuk proses printing. Printing dan shipping ambil masa beberapa hari.
Itu sahaja ok.
Selamat mencuba.
Bolehlah cuba.
BalasPadam