Khasiat Buah Zuriat a.k.a Buah Adam Hawa
Hari tu masa jalan-jalan habiskan cuti Xmas di Melawati Mall sempat masuk satu kedai runcit Arab di level bawah sekali berhadapan dengan stall jual Fresh Juice.
Masuk sebab suami nak beli kismis untuk anak-anak sebagai kudapan. Stock kurma pun dah menyusut. Masuk dan survey harga. Standard harga mall la kan agak pricey. Beli la juga tapi tak banyak pun.
Pesan kat suami tak mahu masuk lama-lama sebab kedai Arab ni banyak barang-barang berkaca. Silap langkah kang terpecahkan barang-barang dia naya je nak kena bayar ganti rugi. Risau je perangai Raudah dan Ikhwan yang tak terjangka ni.
Elok nak melangkah keluar terpandang satu benda. Apa tau, BUAH ZURIAT dia jual pada harga promosi. Dengan hanya serendah RM5 dah boleh beli. Aku survey harga kat Lelong.my dia jual RM30.
Hoi kalau dulu kemain susah nak dapatkan buah ni. Kena kirim kepada orang yang ke Tanah Suci sahaja. Agak mahal juga rasanya. Tapi sekarang la dia jual macam tu je.
Untuk yang tak tahu amalan makan BUAH ZURIAT ni telah di amalkan lama dahulu untuk pasangan yang sudah berkahwin yang inginkan cahaya mata. Kira salah satu ikhtiar dalam mendapatkan cahaya mata.
Cara makan Buah Zuriat:
Cara Pertama
Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.
Cara Kedua
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.
(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)
Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)
Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."
(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).
Semoga berjaya bagi mereka yang berusaha. In sha Allah dengan izinNya.
inshaAllah entri ni akan menjadi ikhtiar buat kawan-kawan yang masih berusaha untuk dapatkan zuriat. nice sharing
BalasPadam