Result Exam Anak

Result Exam Anak

Assalamualaikum,

Alahai ketinggalan keretapi sangat ni. Orang dah lama cerita bab result anak ni, aku baru hegeh-hegeh nak share kat blog ni. 

Majlis Graduasi pun dah lama berlalu Ni pun bukan nak menunjuk ya, ni nak share sebagai kenang-kenangan so boleh tatap di masa hadapan. Nanti Ikhwan dah besar pun boleh tengok ni semua. 





Alhamdulillah sangat result dan comment dari tenaga pengajar sangat memuaskan hati kami sebagai penjaga. Bab Hafazan, bacaan AlQuran, Akhlak dan akademi seimbang. 

Tu paling penting. Ikhwan pun happy sangat dapat naik pentas dan kalau tahun lepas dapat no 3 tahun ni naik satu tangga lagi. 

Syukur hati Ikhwan masih bersih nak absorb semua ilmu yang Cikgu bagi. Bab hafazan dia dapat ingat Surah-surah dan doa-doa yang cikgu listkan. 

Seminggu juga la tolong dia menghafal. Keluar air mata darah. As usual, kalau train dia menghafal aku mesti buat konsep dapat hafal satu surah/doa boleh tengok satu setengah jam cerita kegemaran dia as reward la. 

Dan kalau dia gagal nak hafal atau tak focus memang aku denda enjut ketampi. Satu silap 5 kali kena or lebih dari tu. Memang drama la masa kena denda tapi better la dari aku pukul dia dengan rotan or naik tangan. 

Dah tak lama dia nak masuk Darjah Satu. Ini baru permulaan. In sha Allah 28hb December 2017 nanti ada majlis orentasi di Sekolah Rendah.  

Start pukul 7.30 pagi Hari Jumaat. Lepas tu akan bermulalah sesi persekolahan yang sebenarnya. 

Mak kau yang nervous anak oi. Alhamdulillah persiapan sekolah almost finish. Dah sampai penghujung tahun pun. Cepat je masa berlalu kan. Good luck untuk semua yang anak dia nak masuk Darjah Satu tahun depan. 

Ulasan

  1. Tahniah sis, semoga ikhwan lebih sukses di masa depan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis Asyiqin sudi lawat. Aamin untuk doanya

      Padam
  2. Alhamdulillah...
    Tahniah Ikhwan..
    Semoga lebih berjaya di masa hadapan :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.