Resepi Sotong Goreng Telur Masin

Sotong Goreng Telur Masin 


Hari tu ter rajin tanpa sengaja terus buat Sotong Goreng Telur Masin. Dulu akak takut sangat nak cuba benda-benda baru. Lama kelamaan sebab teringin bila nampak orang post kat instagram gagahkan hati nak cuba.

Sedap la untuk ditelan. Anak dan suami pun suka. Bahan kebetulan semua ada terus rajin nak buat.



Resepi Sotong Goreng Telur Masin 

Bahan-bahan
Telur masin yang direbus 3 biji
Daun Kari 
Cili Padi
Bawang Putih
Bawang Holand
Sotong 
Tepung  Goreng Rangup Jenama Bestari 
Gula 
Susu Cair 

Cara-Cara

Salutkan Sotong dengan tepung Bestari dan goreng rangup. Ketepikan. 
Dalam kuali lain tumis Bawang putih, Bawang Holand dan daun kari. 
Lepas naik bau masukkkan Cili yang dihiris. 

Masukkan Telur Masin yang dihancurkan dan juga susu cair dalam 4 sudu. 
Masukkan gula. Perasakan ikut tekak masing-masing. 
Semua bahan-bahan aku main agak-agak sahaja. 

Last sekali lepas berbuih masukkan sotong tadi. 
Gaul sehingga rata dan sedia untuk dihidang. 
Sedap dimakan dengan nasi panas. 

Selamat Mencuba.


Ulasan

  1. Tak pernah try lagi menu macam ni.
    Mesti sedap ni.
    CF follow sini ye #91

    BalasPadam
  2. Boleh cuba bila dah bosan dgn menu biasa 😁

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.