Perasaan Selepas Discharged Mengandung 35 Minggu
Aku coretkan di blog pengalaman aku terpaksa dimasukan ke hospital pada usia kandungan mencecah 35 minggu, Sabtu lepas telah selamat admit -di-minggu-34-kehamilan disebabkan contraction luar biasa dan doctor takut aku terbersalin awal.
Dan nak elak risiko lain juga. Kalau ikut history anak pertama dan kedua minggu 39 baru selamat keluar. Banyak faktor yang buat aku jadi macam ni. Meh aku share.
Masa dibawah pemerhatian doctor, agak pening juga la mencari punca kenapa contraction kuat berlaku padahal awal lagi. Situasi aku ni doctor klasifikasi sebagai kelahiran pra matang kalau berlaku di bawah kandungan 37 minggu.
Faktor Penyebab Kelahiran Pra Matang
Biasanya yang kena kelahiran pra matang adalah ibu yang memang ada history kelahiran pra matang, pernah gugur, amik alkohol, jarak kehamilan yang pendek, jangkitan urine dan ada lagi tapi aku lupa. Yang match dengan diri aku adalah jarak kehamilan. Itu satu faktor la.
Faktor lain adalah:
1. Tekanan di tempat kerja/ kehidupan
Ini penyumbang terbesar bagi aku. Walaupun puas aku positive tapi keadaan di tempat kerja sekarang sangat turun naik macam roller coster.
Dengan masa depan yang tak terjamin dan aku berbadan dua, peluang nak survive sangat nipis. Rasa sedih dan bersalah kalau sebab ni anak aku berada dalam bahaya.
2. Kurang minum air
Oleh sebab morning sickness aku teruk, air pun aku tak lalu nak telan. Aku hampir-hampir nak kena urine infection and now sangat serik dan minum air dengan banyaknya. Alhamdulillah contraction berkurang. Doctor pun ada bekalkan ubat untuk cuci urine dan elakkan contraction berleluasa.
3. Terlalu aktif
Pada usia kandungan 28 minggu aku terlibat dengan aktiviti perpindahan office. Walau aku tak menolong mengangkat barang pun tapi aku perasan aku agak aktif dan kuat sangat naik turun tangga. Mungkin faktor aku mengandung anak ketiga dan usia pon dan agak senja. Amat mudah la nak kena.
4. Anak masih kecil
Anak kedua aku baru nak menginjak masuk ke umur setahun 8 bulan tengah seronok nak explore dunia. Teramatlah manja dengan aku dan suka berkepit. Aku perasan aku kuat angkat dan dukung dia. Itu aku rasa anatara sebab menjadi beban kepada aku. As i said aku dah tak sekuat masa muda dulu dan aku tak ambil berat sangat.
Aku rasa itu jela yang boleh aku kongsi berdasarkan apa yang jadi kepada diri sendiri. Sekarang masuk minggu ke 35 dan aku kena bertahan sekurangnya debulan lagi atau dua minggu dah kira cantik tapi aku memang doa tggu lagi sebulan la.
Buat yang ada masalah macam aku, in sha Allah pengorbanan kita as ibu mengandung dan melahirkan akn dibalas Allah. Teruskan berjuang dan kekal bersemangat walau pun takut sangat-sangat.
Semoga terus kuat. Pengorbanan seorang ibu memang tak terbalas. Semoga sihat selalu :)
BalasPadam