Pakej Berpantang Comfort Zone Selangor
Dah masuk minggu ke 34 usia kandungan dan aku dah mula mencari pakej berpantang di kawasan sekitar Kuala Lumpur.
Oleh sebab dah decide anak ke tiga ni nak berpantang sendiri maka kenalah cari orang datang nak berurut. Kalau dekat kampung memang dah ada mak cik yang aku biasa ambil servis dia urut satu badan.
Persiapan lain slow-slow aku dan suami cuba sediakan. Agak cuak sebab kali pertama nak hadap sendiri tanpa bantuan mak. Bab masak dan makan masih boleh lagi handle by En Suami rasanya. In sha Allah.
Jadual pantang masih belum buat tapi menu dah ready sedikit sebanyak.
Pakej Berpantang Comfort Zone Spa
Kali ni aku tertarik hati nak cuba pakej pantang yang ditawarkan oleh Comfort Zone Spa yang bertempat di 1-56, Jalan Prima SG 3/1, Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. Boleh Whatsapp Puan Nurul Wahidah untuk urusan booking - 013 - 6857412.
Jumpa iklan dia di FB, dan pakej yang dia offer aku rasa boleh tahan bagus. Ada pakej lain ya. Trend sekarang banyak Pakej yang dia offer untuk stay in maksudnya Confinement Lady (CL) memang tinggal bersama ibu berpantang.
Aku pula jenis nak privacy masa berpantang memang tidakla aku nak pilih pakej tu. Aku lebih selesa handle suami isteri sahaja. So untuk pakej 3 hari ni nanti CL datang ke rumah. Satu sesi di anggarkan ambil masa 3 jam.
Comfort Zone pernah masuk dalam Kosmo Online so menambahkan keyakinan aku nak subscribe service dia. Mana tahu jatuh cinta boleh try pakej lain or sambung urut ke.
Maklumat tambahan kos yang aku perlu tanggung jika aku mendapatkan servis dari Comfort Zone SPa:
Transportation Kos - RM25 ikut kawasan
Booking - Sebulan sebelum tarikh bersalin
Charge urut sahaja - RM360 untuk 3 hari.
Nanti dah try aku akan buat review pasal ni. In sha Allah.
Pakej lain boleh refer kat gambar bawah ni:
Ni pulak pakej Ibu dan Anak
Ok dua gambar bawha ni aku sengaja bandingkan dengan pakej Comfort Zone offer. Ada kelebihan masing-masing. Pudina ni Spa dia di Shah ALam. Oleh sebab faktor lokasi aku tak contact pon owner dia. Tepek sini kot ada yang boleh refer.
Selamat berpantang yaa. Semoga sentiasa dalam keadaan sihat :)
BalasPadam