Braxton Hicks Ketika Mengandung
Since minggu ke 32 lagi usia kandungan
Braxton Hicks dan start menyerang. Selalu malam around 8pm sampai sejam baru
hilang sakit tu.
Mula-mula cuak la sebab takut nak bersalin tapi tak kan awal
sangat kan? Bila baca kat Baby Bump Apps baru la sedar dia kata Braxton Hicks akan
menyerang bila masuk 33 minggu ke atas. Bahasa pasar orang cakap amaran palsu
nak bersalin.
Braxton Hicks berlaku bila otot uterus (rahim) anda
mengecut dan mengeras dalam masa yang sama. Acah-acah nak melahirkan anak. Sepatutnya
sakit ni dalam setengah minit dan berlaku dua ke tiga kali dalam masa sejam.
Tujuan Braxton Hicks?
Kalau ikut pembacaan di BabyCentre,
https://www.babycenter.com.my/a1044757/kontraksi-braxton-hicks
Braxton Hicks ni adalah cara Uterus melatih otot-otot yang terlibat supaya
bersedia bila tiba waktu sebenar bersalin nanti.
Jadi sebagai ibu anda jangan panik dan
keliru dengan amaran palsu ni ya:
Jom kenali Kontraksi Braxton Hicks:
- biasanya tidak melebihi satu atau dua
kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
lazimnya berhenti bila anda bertukar
aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
- tidak teratur, dan jika teratur pun
hanya untuk sekejap sahaja;
- tidak tahan lama, biasanya kurang dari
satu minit;
- terus tidak boleh diduga dan tidak
beritma;
- tidak bertambah intensiti.
Kontraksi yang sebenar:
- tahan lama;
- lebih teratur;
- lebih kerap;
- lebih menyakitkan;
- lebih panjang dan lebih berkala, lebih
kerap dan lebih sakit.
Dan pesanan yang sama berulang-ulang
nurse akan ingatkan kalau ada tanda-tanda sakit tak kira berapa minggu terus
jela ke hospital. Takut kelahiran pramatang. Buku pink jangan lupa bawa. Tanda
macam:
- lelehan yang melekit dan berdarah;
atau
- sakit pinggang atau kekejangan, atau
kedua-duanya sekali.
Kalau selepas 37 minggu anda perlu
juga jumpa doctor bila:
- pergerakan bayi anda sudah mengurang;
- pecah air ketuban
- atau mengalami sebarang pendarahan.