Beard Papa - World's Best Cream Puffs

Beard Papa - World's Best Cream Puffs

Kali ni entry pasal food lagi. Makan selagi tak kena pantang. Kali ni nak cuba dessert sedap gebu, sejuk dan nyaman bila lalu di tekak. Tak lain tak bukan Beard Papa: World's Best Cream Puffs. Nak cari cream puff montok, garing dalam masa yang sama fluffy kena cuba Beard Papa Cream Puff ni. 

Untuk harga satu lebih kurang RM10 ok. Berbaloi beli tapi agak mahal kalau jadi makanan favourite anda, kecuali anda kaya dan tak kisah berhabis duit untuk makanan. Dekat sini banyak option puff, pastries dia offer. Lepas tu boleh pilih pelbagai filling yang menjadi favourite korang untuk dimasukkan ke dalam puff. 

Ada chocolate, green tea, durian, custard dan banyak lagi aku tak ingat. So kalau pergi sini just tunjuk jela apa yang berkenan kat hati ok. First time nak cuba so aku order eclair dengan Kaze. Kaze yang panjang macam pembaris tu dan eclair ada salutan chocolate atas dia.


Kena makan terus lepas order ok, or else nanti tak rangup sebab inti tu kan cair dan sejuk. Sedap woi makan Kaze tu aku letak topping custard. Dia letak kekacang so bila makan tu crunchy je. Sambil makan sambil suami bebel, kenapa dia tak jual RM5 je, mahal la RM10 kih3.


Yang Eclair kami minta topping Durian. Tapi rasa Durian tak power sangat. Kalau makan cheese inti durian lagi power from this Eclair la. Next time kalau ada rezeki nak cuba yang lain pulak.


Antara pastries/puff yang ada kat kedai tu. Oh Beard Papa ada dekat Ground Floor/ LG kalau tak silap ok. Happy hunting siapa yang belum pernah rasa. 

Ulasan

  1. melihat semasa berada dalam keadaan sugar craving, ya Allah tempting nya!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.