Persediaan Sebelum Bersalin Ibu Perlu Tahu

Last week sempat shopping barang-barang baby dan barang berpantang di Butik Ibu Mengandung Gombak 

Kali ni tak buat checklist pun sebab ada lagi barang-barang Raudah yang boleh digunakan semula. Yang tak cukup just tambah sahajalah. Macam terer tak payah ada checklist

Kali ni seronok sebab jumpa apa yang aku idamkan. Plan kali ni nak cuba berpantang sendiri. Anak sulong dah masuk darjah satu pun tahun hadapan, macam sedih biar dia dengan abah dia je. 


Persediaan Sebelum Bersalin Ibu Perlu Tahu

Lagi pun dah masuk anak ketiga, dah patut belajar uruskan diri. Moga tercapai la hasrat ni. Aamiin.

Jom tengok apa aku sempat snap.ada jugak yang tak sempat snap sebab Raudah kacau masa tengah kemas. Sabar jela. 




Shopping Barang-Barang Bersalin

Stokin tu dapat free dari Butik, Barut tambah lagi 5 je sebab boleh guna yang lama punya.  sarung tangan & kaki tambah lagi 4 pasang. 

First time beli swaddle jenis ni, so ambil dua terus. satu lagi warna pink. confident je anak perempuan. wallahualam. 




Mandian herba lain aku baca kena masak dengan 20 Liter air dan ada 5 paket sahaja, untuk mandian herba mak bidan ni pulak ada 10 paket dan kena rendam dengan air suam 3 baldi. So ok la. 

Harga tak sampai RM20. Harga tak lari jauh. Paling mahal bawah RM30. Of course aku cari paling murah. 

Tungku bayi tu saja standby awal takut baby kembung perut. RM10 satu bunjut. Dalam tu kalau tak silap ada herbs macam lada hitam etc. 





Ni nama dia tungku besi. yang orang duk promote kat FB tu, kalau orang dulu guna batu sungai untuk dijadikan tungku tapi sekarang memang dah ada dalam bentuk begini yang diperbuat dari besi. 

Berat hoi. Sebelah dia pulak sarung herba. 

Kalau kat kampung berpantang dengan mak, selalu mak lapik batu tungku dengan daun sembung (tak tahu nama), so aku just beli sarung tungku ni sebagai ganti. 

Besi tungku RM35 dan sarung herba RM40. Sarung kosong harga lain pulak, lagi murah. 




Aku beli set dari SariAyu untuk berpantang nanti RM49 sahaja dapat 3 benda tu dan percuma bedak compact. So far jamu atau supplement lepas bersalin masih belum beli. 

Nak tengok kesihatan anak dahulu. Mudah dah sekarang, dulu aku tak jumpa lagi Pilis dan Param siap bancuh ni, yang ada serbuk dan kena bancuh dengan air. Rumit je. Now semua mudah dah. 

Update: Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak ketiga disambut oleh Doktor Favorite aku, Doctor Zana Zalinda Bt Ghazali.