Jom Derma Secara Online | Projek Iqra'

Assalamualaikum,

Ada duit tapi tak tahu nak sedekahkan kat mana? Nak sedekah kepada pengemis tapi takut itu adalah sindiket yang menipu duit orang ramai? 

Nak cuba consistent bersedekah setiap bulan tapi asyik lupa? Itulah  soalan yang selalu berlegar-legar dalam otak aku kalau nak bersedekah. 

Selalu kalau lunch dekat luar mesti ada OKU datang jual tisu. Sambil beli tisu sambil tu menderma la. 
Tapi suami mesti tak setuju untuk derma. Suami ragu-ragu. 


Jom Derma Secara Online | Projek Iqra'

Tapi dia tak la halang aku nak beli dan derma. Kalau yang datang minta derma bawa sekeping kertas tentang pembinaan Maahad ke, untuk anak yatim ke, lagi la aku tak berani nak derma. 

Bukan apa, aku takut lain pulak yang jadi. Sudahnya selalu aku elak tak pandang atau suruh suami je yang ucap terima kasih.



Orang sekarang perangai macam-macam dan tak terjangka. Oleh sebab tu aku ambil inisiatif untuk derma online je. 

Biasanya aku akan follow pertubuhan atau NGO yang buat kerja amal untuk Malaysia atau muslim di luar negara. 

Contoh macam Telekung project, Iqra, Aman Palestin dan banyak lagi. Pertubuhan macam ni memang di iktiraf dan memang akan declare ke mana duit tu pergi.

So nak ajak semua jom sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Pertubuhan yang aku nak kongsi kali ni ialah “Persatuan kebajikan Iqra’ Malaysia”. Bak kata foundernya:

Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi. 

Membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita.

Selain itu Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfa

Ada 4 kempen yang sedang aktif sekarang yang memerlukan tajaan/derma dari Rakyat Malaysia serendah RM5/tajaan. Boleh ketahui cara nak derma kat website rasmi mereka Project Iqra' Malaysia

Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya:

 “ Apabila mati seorang anak adam , terputusnya segala ‘amalannya kecuali tiga (kebaikan) : sedekah jariahnya (yang ikhlas) ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya”.


Moga amal kita yang sedikit dapat membantu kita kat akhirat kelak.