Diarrhea | Food Poisoning Semasa Mengandung

Aku kongsikan pengalaman aku kena food poisoning semasa mengandung. Seksa weh. 

Ceritanya bila dapat tahu Family Mart telah di buka di WangsaMaju memang dah pasang niat nak makan set udon dan seafood cake tomyam dia. 

Ini semua sebab terpengaruh dengan Jae Suk dalam rancangan Running Man la. Bila tengok dia makan macam oh mai I have to taste that thing. Sedap gila. 


Food Poisoning Semasa Mengandung

So Jumaat lepas bila ada kesempatan sementara tunggu suami sampai (kami park kereta di kawasan LRT)  aku pun cuba memenuhi selera yang aku idam-idamkan. 

Petang tu makan seperti biasa. Habis kuah dia aku hirup. Makan masa hujan memang heaven la kan.  



Inilah makanan yang di syaki menyebabkan aku sakit perut tapi sedapppppp


Perut Mula Meragam 

Maghrib tu masih ok Cuma asyik terbuang angin je. Aku tak rasa pelik sangat, sehinggalah masuk je jam 11.30 malam perut mula rasa tak sedap. Nak bangun macam malas sebab mengantuk tahap cipan. 

Tapi tak boleh tahan akhirnya masuk tandas. Membuang tapi sakit peut memulas tak hilang. Cuak takut semua ada. Risau ter bersalin kang lahir baby premature pulak. Nauzubillah.

Ada dekat 6 kali ulang alik ke tandas. Angin Tarik perut tu tak usah cakap la memang teramat sakit. Sakit macam contraction. Aku hanya boleh genggam cadar tilam. Kejut suami minta usap perut dan urut belakang badan tapi tak jalan. 

Aku sakit sehingga pagi esoknya, berapa kali terbangun sebab sakit sangat dan perlu ke tandas. Tak berani nak makan apa-apa dan hilang selera. Oh ye, muntah juga termasuk dalam pakej kali ni.  

Bahaya Food Poisoning Semasa Mengandung

Dalam sakit- sakit tu sempat baca di Baby Centre; kebiasaan diarrhea/ food poisoning tidak membahayakan baby dalam kandungan sebab ada hormone dalam badan yang bertindak melawan balik bakteria jahat itu. 

Tapi jangan tangguh untuk berjumpa doctor untuk dapatkan rawatan sewajarnya.

Apa aku buat masa sakit ialah aku sapu minyak angin di betis, pinggul dan belakang badan. Aku juga telan 2 sudu besar Jus Delima. Aku selang seli minum air suam supaya tak kembung. 

Alhamdulillah mempercepatkan proses penyembuhan. Minta suami urutkan badan dan teman saat getir tu. Even sakit tak kurang tapi bila ada suami dapat hilangkan stress sakit tu. 

Bila sakit banyakkan doa anak dan diri dilindungi. Masa sakit la kita rasa dekat dengan Allah. Bila diberi kesembuhan tu jangan tak sedar diri ok. 

Makan berpada.-pada. Apa pun setiap yang sakit, yang tak elok akan berlalu. Jangan terllau risau dan enjoy setiap moment seboleh mungkin. 

Serik? Macam tak je, tapi kesian dekat baby. Lain kali aku akan lebih hati-hati.