Celebrate birthday yang ke 32 | Happy Birthday Rodiah Amir

Celebrate birthday yang ke 32 | Happy Birthday Rodiah Amir


Alhamdulillah masih diberi pinjaman oleh Allah menyambut ulang tahun yang ke 32 pada 13 November lepas. 

Tiada sambutan sebab sibuk dengan aktiviti mak anak dua yang sedang sarat mengandung. J

Nak makan sedap pun masih tertangguh. Tunggulah masa yang sesuai baru fikir nak celebrate kat mana. Kalau tak ada pun tak kisah sangat. Dah tua tak beria pun.

Dalam sibuk tu sempat jugak la layankan tekak dengan makanan sedap yang orang lain teringin tapi guna ticket birthday girl. Hahahhaha.


Semoga segala doa yang baik-baik termakbul. Aamiin. 

Terima kasih En Suami layankan tekak anak bini nak makan sedap. Ini sempat makan lepas selesai urusan satu hari suntuk :(



Makhluk paling excited nak makan durian, dari kecik memang hantu durian. Masa tunggu doctor bagitahu; mama, abang lapar lagi la, walhal nak makan durian. Lakonan sangat. 


Ni Durian Udang Merah compare to Musang King aku lebih suka yang ni


sedapnya. 


BFFs belanja makan Chili's 
ni Hot Cappucino, sebab boleh refill so suka. 



Makanan wajib order kalau datang sini


Set ni pun sama kena order kalau datang. Kenyang perut makan bertiga


Kali ni cuba Monterey Chicken. Atas dia ada beef bacon and cheese and grill chicken. Kena dengan tekak. Cuma sayur je over cooked.