Assalamualaikum, Rasanya
satu Malaysia viral pasal Miss Universe Malaysia 2017 yang akan pakai baju
rekaan designer tempatan bertemakan nasi lemak ke pertandingan Miss Universe di
Las Vegas tak lama lagi.
Dalam
banyak-banyak benda; Nasi Lemak telah dipilih oleh designer yang bernama Brian
ni. Mungkin dia fikir Malaysia equal tu kuat melantak. So food la jawapan yang
sesuai. Kerja orang Malaysia asyik makan kot.
Masa
officemate tunjuk semalam aku rasa not bad jugak la sebab colour combination
sambal dengan nasi tu macam cantik, tapi bila tengok gambar close up. Oh mai. Malunya.
Baju Nasi Lemak wakil Miss Universe Malaysia 2017
Nak
wakil Malaysia baju macam ni? Opsss. Sila la google sendiri kalau nak tengok.
Dan
bertebaran lah comment dari serata Malaysia; orang dari bidang fashion sampai
la ke bidang memasak. Hatta Dolmat dah comment, Dato Chef Wan pun comment.
Bila
baca comment dari Dato Chef Wan ni; kelakar pun ye, dan ada juga betulnya. Dah alang-alang
buat baju nasi lemak, bagi la meriah sikit. Ni nasi lemak telur rebus/ telur
mata je. Tambah la lauk lain. Baru meriah.
Bila
tengok rekaan yang seolah ditampal tu, tengok kacang tanah, sambal, telur,
paling kelakar ikan bilis rasa nak tergelak besar. Yelah kang comment
lebih-lebih bukan aku ada qualification bab fashion ni.
Kalau
la dia ubah kepada tema nasi lemak muslimah dah macam mana la pulak kan? sambal
jadi tudung ke telur rebus jadi turban. Ok nak gelak.
Ni comment Dari Dato Chef Wan:
image google |