Baru-baru ni kami sekeluarga telah dijemput untuk menghadiri satu event yang di anjurkan oleh AirAsia iaitu sambutan Hari Kanak-kanak peringkat Antarabangsa.
Sambutan diadakan bertempat di Kidzania Kuala Lumpur. AirAsia telah berkolabrasi dengan Ejen Ali menerusi kempen #MisiAspirasiAirAsia
Nak tahu lebih lanjut boleh buat carian melalui # di instagram.
Nak tahu lebih lanjut boleh buat carian melalui # di instagram.
AirAsia & Kidzania | International Children's Day
Kali ini, Ejen Ali telah dipilih untuk menjadi inspirasi dan galakan untuk kanak-kanak menjadi pemimpin dunia di masa akan datang. Sesuai dengan watak dia yang positive tu.
Memang teruja la Ikhwan bila Ejen Ali dijemput naik ke pentas. Dan kini juga, hidangan khas kanak-kanak, Kombo Bintang Riang edisi Ejen Ali, dah ada untuk semua destinasi AirAsia dan AirAsia X. Sambil makan boleh tonton siri animasi Ejen Ali dalam flight.

Kanak-kanak berpeluang
merasai pengalaman menjadi sebahagian kru AirAsia dengan menjadi Chef dan juga
diajar untuk tampil yakin oleh krew Kabin AirAsia sendiri.
Beruntung
sangat dapat dedahkan Ikhwan dengan aktiviti macam ni. Selain dapat tingkatkan
keyakinan diri dan nak dia bergaul dengan rakan sebaya.
Kami sebagai ibu bapa
nak dia merasai pengalaman mencari kerjaya impian dia. Alhamdulillah
kami seronok walaupun penat beratur.
Ikhwan kat sana tak tunjuk muka letih
langsung. Excited je setiap masa. Kena datang lagi sebab tadi tak sempat nak
cuba semua pekerjaan yang ada.
Terima kasih
AirAsia dan Kidzania sebab sudi jemput kami sekeluarga.