5 Surah Amalan Ketika Mengandung

5 Surah Amalan Ketika Mengandung

Tahniah buat ibu yang sedang mengandung dan bakal melahirkan cahaya mata. Buat yang masih mencuba jangan sesekali putus asa ya. Aku nak kongsikan 5 Surah amalan yang ibu-ibu boleh amalkan ketika mengandung.

Surah-surah amalan ni elok di amalkan oleh ibu mengandung mengikut kandungan bulan. Bila aku tekankan sesetengah surah bukan bermaksud aku suruh korang baca surah ini sahaja ya, baca satu AlQuran lagi bagus. Lagi banyak manfaat dan pahala.


Kalau amalkan surah dibawah ni adalah khusus untuk kandungan dan memberi manfaat pada ibu dan anak yang dikandung. Ibarat kalau sakit kepala demam kena makan Panadol bukan makan ubat cirit birit.










Senarai Surah-Surah Amalan Mengikut Usia Kandungan

Sesungguhnya setiap apa yang kita minta yang layak untuk perkenankan hanyalah Allah yang Satu. Pada Dia juga kita memohon segala kemudahan, kebaikan dan kerahmatan di dunia dan akhirat. Semoga dengan usaha kita yang kecil ini kelak menjadi amalan yang berlarutan.


Bacaan Surah mengikut usia kandungan:

Kandungan 1-3 bulan; Digalakan membaca Surah Yasin, Surah An-Nahl bertujuan untuk elak gangguan syaitan.

Kandungan Minggu ke-16; Digalakan membaca Surah Yusuf

Kandungan Minggu ke-24; Digalakan membaca Surah Luqman

Kandungan Minggu ke-36; Digalakan membaca Surah Maryam

Surah Amalan Perlu Diamalkan

Sebaiknya, surah-surah ini dibaca bukan sahaja oleh ibu malah bapa supaya anak yang dikandung kelak apabila lahir menjadi insan yang cemerlang akhlak, terpuji sifatnya dan menjadi tiket ibu bapa ke syurga kelak. In sya Allah.

Baca surah Al Fatihah untuk terang hati dan kuat ingatan
Surah Maryam untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat.
Surah an-Nahl untuk melahirkan anak yang berdisplin.