3 Tips Jadi Bahagia

3 Tips Jadi Bahagia


Assalamualaikum

Menjadi bahagia adalah satu pilihan dalam hidup. Kita berhak menentukan apa yang ingin kita jadi dan apa yang kita rasa.




Menghargai perkara-perkara kecil dalam hidup.

Ada bijak pandai pernah berkata kita seharusnya kita menghargai setiap hal-hal kecil yang membuat hidup lebih bermakna. Kecil di mata kita tapi membawa banyak makna dan menjemput bahagia dalam kehidupan.


Jangan sukarkan sesuatu

Ingat, jika berhadapan dengan masalah jangan cepat melatah. Mengeluh dan memperbesarkan masalah adalah tindakan kurang bijak dan patut dijauhi. Sebaiknya, duduk dan bertenang agar dapat memikirkan jalan penyelesaian. Jika tidak mampu untuk selesaikan sendirian, boleh meminta pendapat orang yang dipercayai.


Positif dan bersangka baik

Berbahagialah bukan kerana segala sesuatu yang baik, tetapi kerana kamu mampu melihat hal baik dari segala sesuatu. Percaya Allah telah aturkan segala yang terbaik untuk umatNya. Bukan setiap masa kita mampu berfikiran positif tapi kita mampu mendidik kita sentiasa bersangka baik walau apa sahaja ujian yang melanda.