Panggilan Scam SKMM

Nak dijadikan cerita di pagi yang hening masa tu tengah menunggu giliran check-up di Klinik Kesihatan Setapak. 

Terima panggilan dari no 012 444 8061 perkenalkan diri dari Syarikat swasta (aku tak dengar clear nama dia) yang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). 

Dia menjemput aku untuk hadir ke Program Perintis Pengenalan Awal Tentang Program E/KIOSK (E/TEKNOLOGI) Keusahawanan.

Terima Panggilan Scam Menyamar SKMM





Aku dikira antara rakyat Malaysia yang bertuah dipilih nak sertai program ni kerana nama aku adalah antara yang tak layak dapat BRIM. Staff tu cakap yang dapat no dari LHDN. 

Skim ni pulak sebagai satu inisiatif Kerajaan Malaysia menolong golongan muda la kiranya. Ptui.
Kehadiran adalah wajib dan Sekiranya aku tidak menghadirkan diri, maka akan ada tindakan susulan. Kira macam ugut la ni.

Menjadi Rakyat Malaysia Bertuah


Staff tu explain la pasal program tapi detail akan diberitahu pada hari event tu nanti. Dia kata akan ada person in charge pula yang akan call untuk confirmkan kehadiran sehari sebelum event. Aku hanya setuju je.

Masa ni memang dah syak bukan-bukan, tapi sebab aku terlepas nama syarikat tu jadi aku nekad nak tanya bila PIC tu call. 

Sebelum tu aku dah terima satu SMS beserta no Kod subsidi katanya. Nanti bila datang kena la tunjuk SMS sebagai bukti aku yang terpilih tu. 

Jadi untuk elak jadi mangsa SCAM aku call la Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia untuk clarify yang skim ni wujud atau tak. 

Memang sah la TAK WUJUD. Beberapa tahun sudah ada pasal skim Kurma apa tah. Ni paling latest kot. 

Talian SKMM 03 8911 5193  

Kantoi Menipu Menyamar Jadi SKMM

Seperti yang dijangka, ke esokkan harinya aku dapat pula call dari PIC tu. 012 444 2614 Dia mengaku dari SKMM, dia kata program ni baru tahun lepas start dan janji akan share detail. 

Tak sampai seminit perbualan bila aku cakap yang aku baru call SKMM untuk clarify tentang program ni dan program ni tak wujud pun terus dia gelabah.

Belum sempat aku tanya detail terus dia letak. Nampak sangat menipu kan? Sampai saat aku post ni aku tak dapat pun panggilan/email/surat amaran sebab tak attend seminar tu. 

Ingatkan nak buat report to SKMM tapi masa aku call dah tak ada siapa pun yang angkat phone.
Nasihat aku untuk yang terima panggilan offer apa jenis skim pun jangan mudah melatah.

Kebanyakkan program kerajaan buat selalunya kita yang kena mohon, bukan kerajaan datang offer kat kita.

Waspada semua ok.