Antara perkara penting kalau dah berjalan ke Kuala Terengganu memang tak sah kalau tak makan seafood Celup Tepung.
Kenapa aku type Seafod sebab aku lagi terliur nak makan ketam dan udang celup tepung.
Sedikit hint kalau nak google/waze kedai best kena taip Ikan Celup Tepung sebab kedai kat sana semua letak nama Ikan Celup Tepung. Cuma ada penambahan nama kat belakang aje.
3 Restoran Ikan Celup Tepung Terbaik Kuala Terengganu
Untuk
trip aku ke Terengganu baru-baru ni, antara kedai yang memang aku tengok depan
mata ramai orang.
So far aku dapat shortlisted kan 3 Warung yang korang boleh cuba dan terkenal dengan menu celup tepung mereka.
Restoran Ikan Celup Tepung Terbaik
1. Ikan Celup Tepung Warung Pok
Nong
(A1693 Jalan Pantai, T145,
Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia)
Aku hanya lalu pada pukul 5
petang tapi barisan beratur panjang macam ada jualan murah. Terus geleng
kepala tak sanggup. Kebetulan masa tu hujan rintik tapi orang gigih tak
berganjak.
Pukul 6.30 petang pun masih macam tu juga lagi. Yang kurang best
warung ni meja dan kerusi betul-betul uzur, memang kampung style la. Kalau tak
kisah hadap jela.
2. Warung Adik Beradik (Sri
Kolam)
(Kampung Teliput, 21030 Kuala
Terengganu, Terengganu, Malaysia)
Betul-betul 3 langkah selepas
Warung Pok Nong ni. Kami cuba makan kat sini. Factor utama nak makan kat sini
sebab warung dia betul-betul hadap pantai. Sayang hujan je masa tu tak sempat
main-main kat pantai.
Rugi sangat kalau datang Terengganu tapi tak pergi pantai atau pulau dekat sana.
Walaupun beratur panjang tapi
masih gigih la nak mencuba juga. Beratur nak pilih dan beli adalah 45minit. Berdiri
tunggu meja kosong saja 15minit.
Harga aku makan masa hari tu
RM 75. 2 ekor Ketam Besar, 3 cucuk udang (12 ekor), dan 4 ekor sotong besar. Harga
ikut size binatang korang ambil. Bagi aku berbaloi sebab fresh dan sedap.
Ada dua
jenis sos, satu masam dan pedas dan manis. Aku prefer sos masam sebab dia
potong bau hanyir seafood. Overall puas hati.
3. Ikan Ikan Celup Tepung /
Pantai Teluk Ketapang
Yang ni betul-betul dekat
dengan Airport Kuala Terengganu dan Pantai Teluk Ketapang. Lalu kedai dia
proper dan bersih. Penuh tapi tak perlu beratur. Kerusi meja pun nampak la cantik
lagi.
Dinasihatkan
pergi la jalan-jalan dulu tengok warung kalau nak mencuba, pastu datang awal. Nanti
kalau tak memenuhi standard di hati kecewa juga.
Kesimpulan
Untuk korang yang memang dah niat nak buat food hunting Ikan Celup Tepung boleh lah pergi restoran yang aku cadangkan dekat atas ni.
Seeloknya baca lah review, pilih musim yang sesuai dan lapang dada kalau mencuba. Tidak la kecewa sangat kalau tak sedap atau tak dapat makan. Selamat bercuti.