Yeay seronok sangat Sabtu lepas dapat bawak anak-anak kutip pengalaman baru petik Strawberry fresh dari pokok.
First time untuk kami sekeluarga. Best part kami pergi tiga keluarga. Pergi dengan adik-adik aku. 3 kereta semuanya.
Janji jumpa di station minyak lepas Tol Gombak pukul 10.30 pagi tapi macam biasa aku paling lambat so jumpa kat sana terus la.
Petik Strawberry di Genting Highlands
Ikut waze hanya 35minit dari KL. Jem sekejap
bila masuk Genting Highland tu sebab ada lori simen terbabas makan jalan. Jadi satu
lane.
Alhamdulillah
even cuaca hujan and sejuk tak perlu risau sebab dalam tu ada atap. So bebas
nak bergerak.
Bayaran masuk adalah RM8 untuk dewasa dan kanak-kanak 3 tahun ke
atas dia charge RM5.
Apa
ada kat sana?
Apa Yang Menarik di Genting Strawberry Leisure Farms Genting Highland?
Strawberry Farm – ada banyak farm yang buah-buahnya penuh kat pokok. Sambil lalu tepi tu
sambil geram je nak petik.
Lavendar Garden – ada banyak pokok-pokok bunga Lavender dan pokok bunga lain yang cantik
dan pelik. Landscape terbaik.
New
attraction “Earthquake Tsunami – kalau nak rasa Pengalaman gempa bumi boleh la
cuba. Ibu mengandung tak boleh ya so kami tak cuba pun.
Café
– harga standard macam mall dan rasa boleh tahan. Sila makan mee kari memang
sedap nak mams.
Gerai-gerai
barangan Cameron – sepanjang jalan keluar berlambak barang-barang keluaran sana
baik cenderahati mahupun kudapan.
Taman-taman
bunga – bunga-bunga berkembang dan berwarna-warni. Geram je tengok. cantik
tangkap gambar.
Parking
free, surau dan Tandas bersih dan banyak.
Naik Genting boleh check in Hotel First World
Kalau tanya aku berbaloi tak pergi? aku akan jawab of course berbaloi.
Mak ada anak kecik, mak mengandung, short trip to have fun dengan family, nak rasa anak belajar nature kena datang sini.