Alhamdulillah kandungan dan mencecah 6 bulan. Sekarang dah start debaran dan pergerakkan baby semakinn kerap.
Semakin takut pun ye jugak. Morning sickness pun kadang-kadang je dating, tapi sekarang mudah betul bloating dan pedih ulu hati.
Minum je caffeine memang sengsara sepanjang hari. Untuk kandungan kali ni tak banyak ragam untuk tabiat pemakanan.
Mengidam Ikan Sungai Masa Mengandung
Raudah dulu
mengidam nak makan ikan sungai. Masa tu tak
tertunai pun, Alhamdulillah air liur anak aku tak meleleh macam orang
cakap kalau tak dapat nanti air liur anak meleleh.
Untuk kandungan
ketiga mengidam ikan sungai diteruskan boleh teringat dan sambung ok.
Ikan Sungai Ikan Laih
Ikan sungai yang aku nak nama dia Lais/Laih. Tak pasti kalau dekat tempat korang nama ikan ni apa pula ya?Ikan ni isi
lembut je tak banyak tulang. Tak perlu
masak beria cukup goreng garing makan dengan nasi panas.
Makan pula dengan sambal cili. Berselera la
aku. Alhamdulillah
hari tu dapat.
Siap goreng garing makan dengan nasi panas sambal kicap mahu makan 3 pingan |
Punya payah
nak dapat, itu pun kirim siap-siap kat jiran kampong. Mak dan
abang Ha lah tolong carikan.
Gigih.
Terima kasih Allah. terima kasih semua. Perasaan tu
tak dapat di huraikan.
Corak
pemakanan untuk ketiga-tiga kandungan pun berbeza. Kalau Ikhwan
dulu aku berselera gajah.
Paling kuat
makan Anggur dan Rambutan. Sekilo hadap ke aku je. Makanan lain
semua aku selera. Tak pernah tolak makanan.
Raudah pulak
aku suka ulam-ulaman. Sayur hijau fresh la pendek kata. Lepas tu
suka air soya padahal aku benci soya sebab tasteless.
Yang ketiga
ni pulak aku suka betul kuih-kuih Melayu. Kalau waktu
tak mengandung tak selera sangat tengok kuih tapi kali ni
tiap kali breakfast mesti ada dessert 3 jetul kuih pedas/manis.
Yelah setiap
anak tu berbeza la pembawakkannya.
Alhamdulillah
anak semua ok. Harap yang
coming soon ni pun selamat keluar dengan sihat dan sempurna.
Aamin.
Pernah
dengar jugak la mengidam yang macam-macam ni.
Kalau yang
masih mampu dibeli dan di cari ok la buatnya Teringin
nak yang rare, unik, dan tak mampu orang telan.
Naya je.
Ada yang
suka bau petrol, bau sabun la. Hai memacam. Cuma
kandungan kali ni kalah betul dengan bau. Bau lelaki.
Suami selalu jadi mangsa suh duk jauh.
Lepastu
kalau kat office atau dalam public transport bau perfume lelaki.
Atau bau
badan diaorang.
Geram je.
Korang pulak
ada mengidam yang rare ke? Alahan ke?
Harap ok-ok
aje semua.