Hukum Selfie di Kubur

Hukum Selfie di Kubur


Isu selfie di tanah perkuburan pernah viral masa tahun 2014. Kisahnya bila satu gambar selfie yang dimuat naik oleh artis Farish Aziz semasa dia menziarah kubur di Hari Raya. Ramaila yang marah dengan tindakan dia dan Farish sendiri dengan kurang sopannya membalas balik dengan jawapan yang sarkastik. Tapi sebenarnya boleh ke selfie dekat kubur ni?

Perkara yang viral ni ada juga baiknya. Bagusnya bila viral macam ni ilmu pengetahuan tu tersebar luas. Yelah hikmahnya disebalik kekecohan menghentam sesame sendiri akhirnya pertanyaan tentang hukum selfie di kubur terungkai.


Tak lain tak bukan kalau berkaitan hukum agama kita kena rujuk pada yang pakar dalam bidang agama juga lah. Akibat dari kejadian tu, Mufti Perak; Tan Sri Harussani Zakaria telah membuat kenyataan sekaligus menjawab pertanyaan orang ramai. 




Boleh Ke Selfie di Kubur?

Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan hukum berselfie di tanah perkuburan adalah HARAM jika dilakukan atas NIAT UNTUK BERSERONOK. Kena semak semula kenapa kita upload dan paling utama apa niat kita? 

Ustaz Kazim Elias juga pernah kongsi kan pendapat yang sama apabila ditanya di dalam salah satu forum Perdana Ehwal Islam. 

credit to blog www.bicaradariku.com
Hukum ber selfie di tempat yang tak sepatutnya seperti Kubur, Tanah Suci (ketika tawaf etc)  dan lain-lain pada asalnya adalah harus 
boleh bertukar kepada haram bila niat kita tersasar. 
Sebaiknya kita menjaga privacy dan adab-adab ketika berada di tempat tersebut.


Dan kecoh pulak sekali lagi gambar yang dimuat naik oleh Iqram Dinzly 
selfie bersama kubur arwah ayahnya. 
Jawapan dia kepada peminat yang comment dengan mengatakan “tiada hukum berselfie di kuburan” menunjukkan cara pemikiran dan tahap pengetahuan dia.

sumber google
Lebih elok kalau dia tak terlalu sombong dalam menerima teguran kan? 
Mungkin dia rasa tercabar sebab di tegur di khalayak ramai 
(Instagram comment yang semua boleh baca).