Donut lembut salut coklat
Ini
sambungan selepas buat karipap hari tu.
En Suami request buat karipap, anak sulong pulak minta buat donut.
Jadi tunaikan lah hajat dia maka jadilah donut lembut salut coklat.
Kebetulan coklat ganache masih ada balance masa buat kek leleh hari tu.
En Suami request buat karipap, anak sulong pulak minta buat donut.
Jadi tunaikan lah hajat dia maka jadilah donut lembut salut coklat.
Kebetulan coklat ganache masih ada balance masa buat kek leleh hari tu.
Nak buat
donut kena yakin. Pernah buat donut keras kematu. Sedih sangat.
Bila dah yakin dan banyak tengok resepi baru ada keyakinan buat semula.
Senang je, So jangan putus asa.
Bila dah yakin dan banyak tengok resepi baru ada keyakinan buat semula.
Senang je, So jangan putus asa.
Tips penting:
*biar yis naik kembang betul
*masa rehatkan doh dan kembangkan yis kena tutup rapat dan biar lebih lama lebih bagus.
*lepas tekap doh jadi bentuk pun seeloknya bairkan doh rehat sekejap sebelum goreng.
*minyak kena jaga dan jangan terlalu panas.
*aku dapat 37 ketul donut standard size guna acuan yang kat kedai banyak jual tu.
size petite dua kali gigit |
Resepi Donut Lembut
Bahan 1
1 paket yis
2 sudu gula
2 sudu susu
pekat manis
1 cawan air
suam
Bahan 2
4 cawan
tepung gandum
2 sudu besar
marjerin
2 sudu kecil
baking powder
Campurkan
bahan 1 dan biarkan kembang. Bekas hendaklah ditutup kemas selama 30minit
(boleh guna wrapping plastik).
Dalam bekas
lain, ramaskan bahan-bahan 2 dan kemudian masukkan yis yang telah kembang tadi
(bahan 1). tutup bekas dan rehatkan doh selama 1 jam.
Kalau adunan
lembik itu adalah normal. Tak perlu tambah tepung.
Lepas 1 jam,
tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan boleh mula terap guna acuan donut.
Biarkan doh yang siap tadi rehat lagi 15 minit sebelum digoreng.
total donut yang dapat |
chef paling busy nak tolong |