6 Tips Interview Penting Perlu Tahu

Oleh sebab aku baru je selesai interview, yang memang aku study dari Youtube maka aku rasa terpanggil nak share dengan korang pulak berkaitan tips-tips mudah nak hadiri interview.

Paling penting sebelum nak dipanggil interview Apply kerja yang betul-betul korang suka dan requirement tu ada pada korang. 

Kalau yang tak berapa kena tu boleh juga apply tapi korang kena kill habis-habisan masa interview, make sure korang dapat yakinkan panel yang korang memang layak untuk post tu.




Tips Interview Perlu Tahu


Jom tengok apa tips-tips penting dahulu:

Buat study pasal job offer/company dan matchkan dengan resume/kelayakan korang.

Ini penting sebab kena yakinkan diri korang dulu yang job tu memang adalah untuk korang dan bukan orang lain. Bila yakin baru senang nak conquer interview.



Kena ada resume yang bagus.

Tengok latest trend resume. Simple tapi padat dengan kualiti korang. Bagus kalau dapat buat dalam 1 atau dua muka surat, jangan karang essei ok. Majikan agak kurang gemar baca panjang-panjang.



Tengok video/tutorial tips nak attend interview dan catit nota.

Banyakkan tengok video yang share tips attend interview. Pilih yang korang suka dan catat nota. Nampak macam remeh tapi sebenarnya penting. Bila dah tulis senang la nak hafal dan buat revision.



Pilih baju yang bersesuaian semasa hadiri interview

seeloknya pakai baju yang tidak lebih dari tiga warna, pilih warna corporate macam hitam dan kelabu.
untuk perempuan yang pakai baju kurung elakkan baju yang sarat dengan corak.

Kalau perempuan nice kalau dapat pakai seluar dan kemeja. untuk pregnant women pula dicadangkan pakai skirt dan kemeja.



Berlatih di hadapan cermin

lepas dan dapat kumpul semua soalan spot beserta jawapan boleh lah start berdialog di hadapan cermin. Boleh practice depan kawan/suami/adik beradik. 

Aku tak boleh practice dengan orang aku jadi panik dan cepat give up. Sila berlatih untuk senyum dan banyakkan zikir supaya tak cuak. 



Sampai awal di tempat interview

Study tempat nak interview supaya tak kelam kabut pada hari penting tu. Sediakan segala dokumen diperlukan dan bawa pen.

Itu sahaja aku dapat share tips-tips penting untuk attend interview.

semoga bermanfaat untuk pencari kerja kat luar sana. Banyakkan berdoa, yakin dan sentiasa positive. 
Kalau nama nya rezeki korang, in sha Allah dapat.