Majlis Tahlil Arwah Abah

Aku tulis dan simpan dekat blog sebab nanti senang nak baca & rujuk di masa depan, supaya aku aku akan ingat satu persatu memori yang kami cipta sebagai satu keluarga. 

Alhamdulillah.  Kisah Throwback Masa Raya Haji Lepas, 2017 memang dah plan nak buat Majlis Tahlil kecilan untuk arwah abah.

Kenduri Majlis Tahlil Arwah Abah

Kebetulan semua adik beradik balik berkumpul maka menantu, anak, dan cucu sama-sama solat berjemaah dan buat kenduri  majlis Yasin dan Tahlil untuk disedekahkan untuk arwah abah. 

Moga amalan yang tak seberapa ni diterima Tuhan dan arwah abah mendapat manfaatnya. 




Hukum Tahlil Arwah Dalam Islam 

"Amalan tahlil merupakan gabungan antara bacaan ayat dan surah daripada al-Quran, zikir kepada Allah SWT yang merangkumi tasbih, tahmid, takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memberi makan kepada orang ramai.  

Semua perkara tersebut merupakan amalan yang disyariatkan di dalam Islam. Dalam satu haditih yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Salam RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشوا السَّلامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصَلُّوا باللَّيْل وَالنَّاسُ نِيامٌ، تَدخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلامٍ

Maksudnya: Wahai manusia, sebarkanlah salam, jamukanlah makan (kepada orang ramai) dan bersembahyanglah ketika orang sedang tidur, maka kamu akan masuk ke dalam Syurga dengan sejahtera.

Begitu juga, berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang digalakkan Islam sepertimana yang disebut oleh al-Quran:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّـهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

Maksudnya: Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).

(Surah Muhammad : 19)" - Rujukan Mufti Wilayah Persekutuan



Kami buat pun kecil-kecilan sahaja, tidak jemput pun orang luar sebab kalau dikira memang dah cukup meriah dengan kehadiran anak beranak kami. 

Lepas solat berjemaah, diikuti bacaan Yasin dan doa tahlil kami minta anak saudara untuk bacakan doa; Muhammad Faris Naufal dan diaminkan oleh yang lain. 

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Maklumlah buat pun secara kecil-kecil sahaja. Peristiwa kelakar telah berlaku masa kami tengah kusyuk solat Isya’ berjemaah. 

Masa rakaat kedua, sedang kusyuk sujud sebelum duduk tahiyat awal, tiba-tiba anak saudara aku yang kecil buat aksi berani mati. 

Memang jadi kebiasaan, kalau mak dia solat dia suka turut serta. Kalau dia rasa seronok dia akan join tapi dia akan cuba panjat badan dan kali ni dia duduk di atas kepala mak dia masa mak dia tengah sujud. 



Ya ampun, kami yang solat sebaris dengan mak dia hampir terburai ketawa nak tergelak. Memang hilang terus kusyuk tu. Lama juga dia menempel dekat maka dia. 

Lepas selesai solat baru maisng-masing meluahkan perasaan nak tergelak tu. Mujur-masing berjaya tahan diri untuk gelak. 

Walaupun majlis tahlil kali ni sangat-sangat ringkas tapi aku puas hati sebab terasa masa bersama tu di isi dengan perkara yang baik. 

Bersyukur sangat kami adik beradik dapat bersatu ahti buat sesuatu untuk emak dan abah. Semoga aktiviti macam ni dapat dilakukan lagi pada masa depan. In Sha Allah. 

Boleh rujuk blog ni untuk Doa Tahlil Arwah Yang Lengkap