Petua Rawat Kudis Menggunakan Kelapa Parut
Ala
ni yang jenis kulit gatal-gatal kalau main pasir, pastu ada yang jenis kulit
sensitif kalau lepas kena gigit nyamuk akan jadi bintat dan kalau garu jadi
kudis dan parut. Jenis kaki kulit comot sesuai amalkan petua ni.
Basahkan
kawasan gatal dan sapukan/tonyoh kelapa parut dan biar sekata. Lumur macam
lumur garam dan kunyit nak goreng ikan tu. biarkan selama 4-5 minit. Lepas tu
boleh bilas. Buat 2 kali seminggu atau paling malas sekali seminggu dah boleh
nampak hasil. In sha Allah.
Sejak aku kecik itu lah selalu mak buatkan untuk adik beradik. Aku tak tahu la sejauh mana kebenaran dari sudut sains. Korang nak cuba sila dapatkan nasihat doktor dahulu.
Sejak aku kecik itu lah selalu mak buatkan untuk adik beradik. Aku tak tahu la sejauh mana kebenaran dari sudut sains. Korang nak cuba sila dapatkan nasihat doktor dahulu.
Masa
cuti hari tu mak suruh cuba pada Raudah. Kan Raudah masalah eczema dia. memang berat
hati TAPI cuba jela kan mak, nak sedapkan hati mak.
Elok
je seminit sapu kat badan terus dia menggaru non-stop. Naik bintat merah dan
lepas tu timbul bintik-bintik kecik banyak pulak tu. oh scarry. Memang kalau
kulit orang yang tak ada masalah eczema memang akan gatal-gatal tapis sekejap
je. Normal.
Alergik Kepada Santan?
Tapi
sebab Eczema Raudah ni alergik kepada SANTAN. Habis satu badan keluar bintat
merah gatal. Memang aku kalau masak lemak santan dia tak boleh makan hatta dia
suka sangat. Kalau makan confirm bibir naik bintik merah-merah.
Suami
pandang-pandang jeling-jeling. Terus bilas badan sapu vics dan cream eczema doctor
kevin TENGOK SINI then tidurkan dia dalam kereta. Dalam 5 minit bintat hilang. Fiuhhh lega.
Ingat
ye, kalau nak cuba bila anak kena serangan allergic gatal eczema cepat-cepat
sejukkan kulit anak. Pernah dulu kat rumah pengasuh dia tuam ais dekat Raudah
menjadi jugak. Kurangla gatal bintat tu. Alhamdulillah.
Apa
pun kita cuba. Ikhtiar. Atleast dah tahu product santan Raudah allergic. Awak ada
eczema? Allergic dengan apa pulak?