Hari Cuti Yang Super Busy
Semalam
Kak Diah suami isteri bercuti untuk setelkan urusan rasmi persekolahan anak
sulong, temujanji dengan Doctor untuk Scan kandungan minggu ke 20, appointment untuk
maintenance Water Filter Cuckoo dan last but not least COD Wawawax Organic Hair
Removal dekat Aeon WangsaMaju.
Full
activity dan rushing sangat. Sudahnya macam penat gila.
Awal
pagi dah rushing ke Klinik, sebelum tu hantar Raudah ke rumah pengasuh dan
Ikhwan ke Taski ABIM. Suami suruh bawak Raudah. Mujur la tak di ikutkan
kehendak dia, kalau tak memang mengamuk sakan Raudah. Klinik penuh dengan Ibu
mengandung dan baby nak check-up.
Pukul
8.30 pagi sampai pukul 12.00 tengahari baru siap semuanya. Bayangkan 2 jam
lebih sahaja untuk menunggu nama dipanggil. Macam ni la kalau check-up di
kerajaan. Percuma tapi kena tunggu lama. Alhamdulillah semua ok.
Siap
urusan di Klinik terus pick up Ikhwan dan pergi Sekolah kebangsaan desa Setapak
Kuala Lumpur. Memang rezeki elok je berjalan masuk kat pintu pagar, pegawai In
charge pengambilan Darjah satu tegur kami. Dia perkenalkan diri dan jemput
masuk ke pejabat. Mudah urusan. Kalau tak kena menunggu juga lah.
Setel
urusan ambil Raudah dan lunch kat rumah pengasuh. Langkah kanan pengasuh baru
siap masak. Rezeki lagi. Penuhkan perut sebelum balik rumah. sampai rumah dah
masuk Asar. Ready kemas rumah dan tunggu pulak staff Cuckoo datang nak service
water filter.
Oleh
sebab aku ada COD WawawWax pukul 7 dekat Aeon Wangsamaju, so re-arrange appointment
selepas Maghrib. Isya’ baru staff Cuckoo sampai. In mean time ready pulak
bahan-bahan for dinner. Masak sayur kangkung goreng, ikan pekasam, sambal
belacan dan ulam timun. Makan tak sedar tambah nasi. tak rasa kenyang husband
kata, penangan ikan pekasam woi.
Masa
staff Cuckoo buat service sempat la borak-borak kosong, tanya pasal Coway and
Cuckoo apa beza. Yang aku ingat point dia pasal Coway - RO Water. So sesuai
untuk pesakit buah pinggang sebab semua galian/vitamin dah tak ada so buah
pinggang tak perlu kerja keras tapis. Kalau Cuckoo kan air dia proses jadi
Alkali. Sama sifat seperti air Zam-Zam. Bagus la kan.
Lepas
tu dia kata banyak staff Coway jadi maintenance and technician untuk Cuckoo,
kalau jadi agent ramai yang pilih Coway sebab Coway bayar mahal untuk komisen
agent. Kalau Cuckoo pulak bayar agak mahal untuk maintenance dan technician. Untuk
Cuckoo, maintenance dilakukan oleh staff perempuan dan technician adalah
lelaki.
Wah
dah macam promote Cuckoo pulak. hahhahha. Ini aku tahu sebab dah dua orang
suruh aku jadi maintenance staff Cuckoo. Syarat utama kena ada lesen memandu dan
kenderaan sendiri. ok fail bab tu.
Hampir
pukul 9.30 malam baru siap dan staff tu cakap dia ada lagi dua appointment nak
kena setelkan. Kasihannya orang mencari rezeki kan. orang lain dah boleh lurus
kaki, ada sesetengah orang masih membanting tulang cari rezeki untuk keluarga.
Aku
pulak pukul 10 malam baru nak dinner dan Raudah pun dah start crancky nak
tidur. Ikhwan dah lama berlayar. Dan hari aku tamat bila setel basuh pinggan
mangkuk dan mata pun dah berat. Dan hari ni kerja seperti biasa. dah rasa macam
Monday.
Termenung
je. Ambil mood.