Kenduri Kahwin & Itik salai di Juasseh

Semalam pergi jemputan kenduri pihak lelaki kawan satu office kat Kampung Juasseh Kapitan, Kuala Pilah. Makan masa dalam dua jam dari KL.

Masa pergi ikut Highway PLUS kena tol rm8.20 dan balik ikut highway LEKAS dan tol mahal dari itu. Masa pergi jalan clear dan balik purposely nak avoid jem so ikut LEKAS. 

Selamat Pengantin Baru Ajoi dan Myrra. Semoga Berpanjangan jodoh ke akhir hayat dan berjaya tempuhi segala halangan. 

Kenduri Kahwin & Itik salai di Juasseh, Kuala Pilah

Selain daripada menghormati jemputan tuan rumah of corse la kan, aku memang suka kan Negeri Sembilan. I just like it. The food and the natural. Ewah beromputih sangat.

Oleh sebab aku memang sukakan kawasan kampung/gunung cam kat nesmilan (baca N.9) ni maka gigih la pergi.


Tempat Jual Itik Salai

Kalau datang Nesmilan, memang tak sah kalau tak stop gerai-gerai tepi jalan jual binatang salai ni. Macam semalam aku beli Itik dan ikan keli Salai. 

Masak lemak cilipadi pedas-pedas pergh memang terangkat. Semalam lalu nampak jugak la orang jual petai, berlambak okeh tapi nafsu pada petai nan ado. Lebih focus kepada Itik dan Ikan keli Salai.

Nak mudah dan buat stok dekat rumah kena ada Daging Salai Ahmad Farm

Harga memang dari dulu kot sama je:

Itik Salai RM40 sekor;
Ikan keli Salai RM10 untuk 5 ekor,
Telur masin RM7 untuk 6 biji,
Daging Batang Pinang Salai RM45/kg







Tak tahu mahal ke murah tapi sebab jarang-jarang dapat membeli maka beli la Itik dan Ikan Keli Salai. Terbayang menu nak buat dah ni. Tunggu Semangat datang. Ahhahha.




Nanti singgah Gerai Atok Itek Salai ya, borak dengan pakcik ni dia suruh tag kat fb, ingat kan dia page. rupanya kena add kat fb. kelakar je dia. Nak describe mana satu gerai pon payah jugak. Sama jela, tapi dia rasanya 12km sebelum sampai Ulu Bendul. 

oh abaikan whatsapp tu masa ni ramai pulak cari Norah wax. 

Sampai pukul 1 Petang, duk makan-makan then teruskan perjalanan beli binatang salai then sempat singgah Hutan Lipur Ulu Bendul. 

Cuaca memang panas hari semalam. Singgah beli makanan dan duduk tepi air terjun.

Air Bersih, pokok dan persekitaran terjaga. Sampah tak nampak bersepah dan masuk dan parking masih percuma. 

Sorry gambar malas nak snap sebab tangan penuh dengan barang dengan kain kembang princess masuk hutan. :)

Paling gembira budak kecik dua orang tu la. Mandi dalam 15 minit je lepas tu menggigil. On the way balik dah terbongkang kenyang dan penat mandi. Padahal tak berenang pon.

Settle semua singgah Ampang drop Itik adik kirim, then singgah dinner umah biras. Lepas Maghrib baru sampai rumah. Seharian keluar tapi hati banyak senang. Alhamdulillah.


Nikmat mana lagi mahu ku dustakan.