Semalam pergi jemputan kenduri pihak lelaki kawan satu office kat Kampung Juasseh Kapitan, Kuala Pilah. Makan masa dalam dua jam dari KL.
Masa pergi ikut Highway PLUS kena tol rm8.20 dan balik ikut highway LEKAS dan tol mahal dari itu. Masa pergi jalan clear dan balik purposely nak avoid jem so ikut LEKAS.
Selamat Pengantin Baru Ajoi dan Myrra. Semoga Berpanjangan jodoh ke akhir hayat dan berjaya tempuhi segala halangan.
Selamat Pengantin Baru Ajoi dan Myrra. Semoga Berpanjangan jodoh ke akhir hayat dan berjaya tempuhi segala halangan.
Kenduri Kahwin & Itik salai di Juasseh, Kuala Pilah
Selain daripada menghormati jemputan tuan rumah of corse la kan, aku memang suka kan Negeri Sembilan. I just like it. The food and the natural. Ewah beromputih sangat.
Oleh sebab aku memang sukakan kawasan kampung/gunung cam kat nesmilan (baca N.9) ni maka gigih la pergi.
Tempat Jual Itik Salai
Kalau
datang Nesmilan, memang tak sah kalau tak stop gerai-gerai tepi jalan jual
binatang salai ni. Macam semalam aku beli Itik dan ikan keli Salai.
Masak lemak
cilipadi pedas-pedas pergh memang terangkat. Semalam
lalu nampak jugak la orang jual petai, berlambak okeh tapi nafsu pada petai nan
ado. Lebih focus kepada Itik dan Ikan keli Salai.
Nak mudah dan buat stok dekat rumah kena ada Daging Salai Ahmad Farm
Harga
memang dari dulu kot sama je:
Itik
Salai RM40 sekor;
Ikan
keli Salai RM10 untuk 5 ekor,
Telur
masin RM7 untuk 6 biji,
Daging
Batang Pinang Salai RM45/kg
Tak
tahu mahal ke murah tapi sebab jarang-jarang dapat membeli maka beli la Itik
dan Ikan Keli Salai. Terbayang menu nak buat dah ni. Tunggu Semangat datang. Ahhahha.
Nanti singgah Gerai Atok Itek Salai ya, borak dengan pakcik ni dia suruh tag kat fb, ingat kan dia page. rupanya kena add kat fb. kelakar je dia. Nak describe mana satu gerai pon payah jugak. Sama jela, tapi dia rasanya 12km sebelum sampai Ulu Bendul.
oh abaikan whatsapp tu masa ni ramai pulak cari Norah wax.
oh abaikan whatsapp tu masa ni ramai pulak cari Norah wax.
Sampai
pukul 1 Petang, duk makan-makan then teruskan perjalanan beli binatang salai
then sempat singgah Hutan Lipur Ulu Bendul.
Cuaca memang panas hari semalam. Singgah
beli makanan dan duduk tepi air terjun.
Air Bersih, pokok dan persekitaran terjaga. Sampah tak nampak bersepah dan masuk dan parking masih percuma.
Sorry gambar malas nak snap sebab tangan penuh dengan barang dengan kain kembang princess masuk hutan. :)
Paling
gembira budak kecik dua orang tu la. Mandi dalam 15 minit je lepas tu
menggigil. On the way balik dah terbongkang kenyang dan penat mandi. Padahal tak
berenang pon.
Settle
semua singgah Ampang drop Itik adik kirim, then singgah dinner umah biras. Lepas
Maghrib baru sampai rumah. Seharian keluar tapi hati banyak senang.
Alhamdulillah.
Nikmat
mana lagi mahu ku dustakan.