Assalamualaikum,
Kecoh
semalam games final bola lawan Thailand. Semua kat FB pakat ramai-ramai
mendoakan Malaysia menang. Tapi bukan rezeki kan? kena la sejukkan hati sebab
dari awal dah niat jangan letak harapan tinggi. Nanti kuciwa.
Bola
ni lain sikit Semangat dia. Suami kata kalau kalah bola kalah segalanya walau
dah mendahului gold medal tu. dah capai sasaran. Begitu sangat. Dah kalah
ermm..
Lepas
tu trending jugak pasal pasukan Ultras Malaya memulau game final di atas sebab
isu-su yang mereka tak puas hati macam kelemahan system penjualan tiket final
kan tu. Sudahnya tak ada lah penyokong tegar bola malam tadi. Hilang seri orang
kata.
Hai
macam-macam la. Pengulas bertauliah banyak comment kat FB. Kih3 masing-masing
macam jurulatih bertauliah ok. aku sempat tengok masa gol Thailand tu. gol
kesilapan yang mudah yakmat tu. geram je.
Lepas
gol terus masuk bilik tidurkan anak then bagi warning kat suami suruh slowkan
volume tv. Alahai menyam dengar. Bukan apa risau ada gol lagi selepas tu. emosi
sungguh.
Apa
pun tahniah pasukan Bola Negara. Anda dah buat yang terbaik. Tak jadi lauk
malam tadi pun kira ok la tuh. Paling di ingati game kali ni ialah Thanabalan. Macam-macam
version orang upload. Thanakalah la, thanamain la, thanamove on la. Orang Malaysia
bab yang ni memang first class. Ada je la idea nya. Macam demam “jadilah
seperti Rashid tu”.
Last
but not least, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 60 esok hari
dan Selamat Hari Raya AidilAdha untuk anda semua. Jaga diri dan keselamatan. Yang
balik ke kampung dan bercuti semoga selamat sampai ke destinasi.